• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:19 am
  • 01/12/2022
  • Komen
Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene
Share on FacebookShare on Twitter

Lanjutan daripada pelancaran stesen super pengecas DC 350kW oleh Gentari tempoh hari di X Park Sunway Serene, penyedia pkerhidmatan itu sedang menjalankan promosi pengecasan percuma untuk waktu terhad bermula 1 Disember hingga 15 Disember 2022. Ia membolehkan pemilik EV untuk merasai sendiri manfaat pengecasan pantas buat EV yang menggunakan sistem 800V.

Menggunakan stesen pengecas ini, EV seperti Hyundai Ioniq 5 ( 72.6kWh) dah KIA EV6 (77.4kWh) dilapor mampu mengecas daripada 10% hingga ke 80% dalam masa 18 minit sahaja. Manakala Porsche Taycan (79.2kWh) yang turut  menggunakan sistem bateri 800V, boleh dicas daripada 5% kepada 80% dalam masa 22 minit sahaja.



Perlu diingatkan yang tidak semua EV boleh menerima manfaat stesen 350kW ini. Ia bergantung kepada sokongan kuasa masuk yang berbeza antara EV. Contohnya, ada yang menyokong 50kW, 100kW, 150kW dan lain-lain. Kadar mengecas juga bergantung kepada paras bateri semasa dan biasanya akan menurun dengan ketara selepas kapasiti bateri dikesan sistem melepasi 50%.

Misalnya, apabila kami mengecas EV6 daripada 50%, sistem menunjukkan pengecas bekerja pada kadar 173kW tapi turun kepada 63kW bila kapasiti bateri menghampiri 90%.



Selain pengecas DC 350kW, stesen pengecas di X Park ini juga menawarkan stesen mengecas 180kW DC, 22kW AC, dan 7kW AC dan promosi pengecasan percuma adalah meliputi semua stesen tidak mengira kuasa.

Satu perkara menarik tentang stesen pengecas ini, ia adalah yang pertama di Malaysia menerima lesen EVCS (Electric Vehicle Charging System) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Ia membolehkan fi dikenakan berdasarkan kuasa yang masuk ke kereta berbanding tempoh mengecas. Ia pastinya nyata menjimatkan.

Selepas tempoh promosi tamat, X Park menggunakan sistem pembayaran yang dikendalikan Setel ataupun JomCharge. Menurut Gentari, kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • 350kW DC pada RM1.20/kWh
  • 180kW DC pada RM1.00/kWh
  • Pengecasan AC pada RM0.55/kWh

Bacaan berkaitan

Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga

Tags: acdcEVGentariKereta elektrikPengecassetel
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene

Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene

1 December 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER