• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mengecas EV di Malaysia: Manakah lebih murah, bayar ikut kWh ataupun masa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 02/12/2022
  • Komen
Mengecas EV di Malaysia: Manakah lebih murah, bayar ikut kWh ataupun masa?
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada ikuti pengumuman kami tentang pelancaran stesen pengecas EV kelolaan Gentari? Salah satu perkara menarik tentang stesen pengecsan EV ini adalah kosnya dikira mengikut kWh dan bukannya mengikut tempoh mengecas seperti yang diamalkan sekarang.

Tahukah anda yang ia memberi impak yang sangat besar kepada kos mengecas EV?



Kaedah pengiraan berdasarkan kWh ini telah direalisasikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui lesen khas kepada beberapa stesen pengecas Gentari yang dipanggil lesen Electric Vehicle Charging System (EVCS).

Kadar bayaran mengecas EV di stesen X Park Sunway Serene

Hab pengecas EV di X Park Sunway Serene letaknya di dalam Zon Perindustrian Bebas Sungei Way dan berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan:



  • AC 7kWh/22kWh: RM0.55/kWh
  • DC 180kWh: RM1.00/kWh
  • DC 350kWh: RM1.20/kWh

Sebagai perbandingan, kos untuk menggunakan pengecas pantas DC di Malaysia setakat ini berbeza-beza mengikut lokasi dan penyedia. Sebagai contoh, stesen pengecas Gentari DC30kW di Suria KLCC mengenakan bayaram RM0.60/minit tidak termasuk bayaran tempat letak kereta.

Pengecas DC 60kW di Starbucks Setia Alam pula mengenakan bayaran RM1.20/minit dan beberapa outlet pengedar BMW mengenakan RM1.50/minit untuk menggunakan pengecas DC 75kW mereka.

Di sepanjang lebuh raya pula, ada kemudahan DC 180kW yang mengenakan sehingga RM4.00/minit yang pada kami tidak munasabah.

Kenapa kaedah pengiraan berasaskan kWh lebih sesuai berbanding berasaskan masa

Tidak seperti mengisi petrol, kuasa yang masuk ke dalam bateri tidaklah malar daripada 0% hingga 100%. Cuba anda perhatikan pengecasan pantas pada telefon, ia hanya dicas pada kelajuan penuh sehingga paras 50% dan selebihnya diperlahan kerana ingin menjaga kesihatan bateri.

https://www.youtube.com/watch?v=WCqcqy29ZCc&ab_channel=HyundaiMotorGroup

Misalnya, Hunyai Ioniq 5 dan KIA EV6 yang menggunakan sistem bateri 800V dikatakan pengeluarnya boleh dicas daripada 10% kepada 80% dalam temph 18 minit sahaja apabila disambungkan kepada bekalan 350kW.

Seperti yang didemonstrasikan dalam video di bawah, sistem bateri mengawal selia kuasa yang masuk dan kelajuan mengecas berada pada paras tertinggi bila kapasiti bateri berada antara 30% hingga 50% dan kuasa turun kepada 120kW hingga 170kW bila kapasiti bateri mencecah 80%.

Perbandingan kas mengecas EV berasaskan kWh dengan berasaskan masa

Sewaktu pelancaran stesen pengecas EV Gentari tempoh hari, pasukan SoyaCincau.com telah mengecas sebuah KIA EV6 daripada 50% kepada 90% menggunakan kemudahan 350kWh. Kadar pengecas bekerja telah dicerap antara 63kW kepada 173kW, lebih rendah daripada 350kW kerana kapasiti bateri sudahpun agak tinggi pada ketika itu.

Tempoh masa yang diambil adalah 15 minit dan 11 saat, dan sebanyak 33.52kWh telah dipindah masuk daripada pengecas ke bateri kereta.

Seandainya kadar berasaskan kWh digunakan, harganya adalah RM40.20 manakala pengiraan berasaskan tempoh masa akan diterjemah kepada RM60 dengan menggunakan kadar RM4/minit.

Dengan 33.52kWh yang dipindahkan, sistem kereta EV6 memaklumkan yang ia boleh pergi menjelajah sejauh 200km. Jadi kos per kilometer untuk formula berasaskan kWh adalah RM0.20/km berbanding RM0.30/km.

Sekali lagi ditekankan yang kadar bayaran dikenakan oleh stesen pengecas adalah berbeza.

Bacaan berkaitan

Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene

Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga

Tags: EVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mengecas EV di Malaysia: Manakah lebih murah, bayar ikut kWh ataupun masa?

Mengecas EV di Malaysia: Manakah lebih murah, bayar ikut kWh ataupun masa?

2 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER