• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi

  • OLEH Najib
  • 8:52 pm
  • 05/12/2022
  • Komen
AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia sudah beberapa kali melancarkan pas terbang tanpa had seperti Pas AirAsia Cuti-Cuti Malaysia dan Pas ASEAN Unlimited. Awal tahun ini, AirAsia memperkenal pas AirAsia Super+ yang kini diubah namanya kepada AirAsia Super+ ASEAN.

Hari ini, AirAsia memperbaharui tawaran pas tanpa had 365-hari mereka dengan membawakan dua pas AirAsia Super+ baru, dikenali sebagai Super+ Lite dan Super+ Premium. Kedua-dua pas ini menyediakan tawaran lebih meluas berbanding pas Super+ ASEAN, tetapi dengan harga yang turut meningkat.



Seperti sebelum ini, pas AirAsia Super+ Lite dan Super+ Premium ini dijual dalam masa terhad selama 7 hari sahaja iaitu dari 5 sehingga 11 Disember 2022 sahaja. Harganya pula adalah seperti berikut:

  • AirAsia Super+ Lite – RM899
  • AirAsia Super+ Premium – RM2,288

Untuk perbandingan, pas AirAsia Super+ ASEAN dijual pada harga RM639 sahaja. Walaupun lebih mahal, pas Super Lite dan Super Premium menyediakan tawaran yang lebih menarik. Pas Super+ ASEAN sebelum ini memberikan penerbangan percuma tanpa had antara Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura sahaja.



Terbang tanpa had 4 jam dan lebih

Dengan Super+ Lite, ia menambah penerbangan meliputi semua Asia Tenggara sehingga ke Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos dan Brunei. AirAsia menjelaskan, ia boleh digunakan untuk penerbangan jarak dekat di bawah 4 jam, dengan kod penerbangan Malaysia AirAsia (AK), Thailand AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ), dan AirAsia Filipina (Z2).

Super+ Premium yang jauh lebih mahal, menawarkan penerbangan tanpa had lebih jauh melebihi 4 jam. Selain terbang ke semua tempat di Asia Tenggara, pengguna juga boleh terbang ke destinasi penerbangan AirAsia X D7. Antaranya ke Jepun, Korea, Australia, Maldives, China dan India. Malah, AirAsia turut menyatakan mungkin ada tambahan lagi.

Perlu diingatkan, pas Super+ Lite dan Premium, memberikan tambang percuma untuk harga asas tiket sahaja. Perkara lain seperti cukai penerbangan, cukai MAVCOM, surcaj minyak dan lain-lain, masih perlu dibayar semasa tempahan penerbangan dibuat.

Kelebihan dan kekurangan

Sebenarnya, ada pengurangan pada pas baru ini. Di Super+ ASEAN, AirAsia turut memberikan penghantaran AirAsia Food percuma dan perlindungan Covid sebelum penerbangan. Kedua-dua ini tidak lagi diberikan pada Super+ Lite dan Premium.

Bagaimanapun kekurangan ini digantikan kepada diskaun 10% (terhad RM2) untuk menaiki AirAsia Ride, serta diskaun 5% tanpa had untuk tempahan di AirAsia Hotels. Pembeli pas ini juga akan menerima mata ganjaran AirAsia Points sebanyak 800 mata bagi pas Super+ Lite dan 2,000 mata untuk Super+ Premium.

AirAsia juga dilihat memperbaiki tawaran mereka apabila menyenaraikan tarikh ‘hitam’ iaitu tarikh tiada tawaran penerbangan yang sedikit. Untuk penerbangan dari Malaysia, dilihat hanya dua masa ia dihitamkan iaitu akhir tahun (15/12-31/12) dan Tahun Baru China (18-31 Januari). Selain itu, kebanyakan tarikh ‘hitam’ berkaitan Thailand.

Tarikh hitam dikurangkan

Tetapi ada satu perkara penting yang AirAsia perbaiki kali ini, iaitu tarikh terdapatnya tiket percuma ini. Sebelum ini, pengguna hanya dimaklumkan kerusi kosong dalam bulan tersebut. Kini, ia disenaraikan mengikut tarikh terus. Jadi anda boleh periksa tarikh yang anda rancang itu, masih terdapat tiket percuma yang boleh ditebus menggunakan pas Super+ Lite dan Premium ini.

Semak tarikh tersedia kini lebih mudah

Cara membeli Super+ Lite/Premium

Pengguna yang berminat, boleh membeli pelan SUPER+ ini menerusi aplikasi AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+’ di halaman utama. Bayaran yang diterima adalah kad debit/kredit dan perbankan dalam talian. Selain itu, hanya pengguna yang berdaftar dengan AirAsia dan memiliki akaun sahaja boleh membelinya. Jika belum ada, daftar sahaja percuma.

Pembayaran pas Super+ ini hanya menerima kad debit atau kredit sahaja. Jika anda masih memiliki kredit AirAsia, ia tidak boleh digunakan untuk membeli pas Super+ Lite atau Premium. Bagaimanapun, kredit ini masih boleh digunakan untuk membeli tambahan seperti bagasi daftar masuk, makanan dan memilih tempat duduk.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web AirAsia Super+. Semak juga berkenaan terma dan syarat, serta soalan lazim FAQ.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Super+: Pelan tanpa had penerbangan domestik dan Asia Tenggara serta penghantaran makanan
  • Pas AirAsia SUPER+: Cara tempah tiket penerbangan, kegunaan insuran COVID-19 & penghantaran makanan tanpa had
  • Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia
  • AirAsia lancar pas Asean Unlimited, terbang tanpa had sehingga Mac 2022 hanya RM599
Tags: AirAsiaAirAsia SUPER+AirAsia Super+ LiteAirAsia Super+ Premium
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi

AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi

5 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER