• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 ciri baharu Realme UI 4.0 dan ini senarai telefon yang bakal terimanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:16 am
  • 07/12/2022
  • Komen
4 ciri baharu Realme UI 4.0 dan ini senarai telefon yang bakal terimanya
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Realme 10, satu lagi benda yang bakal dilancarkan adalah sistem operasi baharu yang mereka gelarkan sebagai Realme UI 4.0. Kalau anda masih ingat, sebilangan pengguna Realme GT 2 Pro sudahpun mencuba versi beta kepada Realme UI 4.0 tapi ia masih beraskan Android 12 sedangkan yang akan mereka lancarkan kelak adalah yang berasaskan Android 13.

Berdasarkan cicipan SEO Realme sendiri, ada beberapa perubahan yang bakal pengguna rasai apabila mereka naik taraf kepada sistem oeprasi baharu ini. Pertama sekali pada antaramuka yang kini mengadaptasikan “Card-styled Layout” yang katanya memudahkan info penting disegmentasikan agar mudah dilihat.



Kemudian, mereka juga memperkenalkan “Smart Always-ON Display” yang bermakna fungsi AOD bakal terima lebih banyak ciri customization.

Bagi melancarkan pengalaman, ”Dynamic Computing Engine” pula mampu memanjangkan hayat bateri kepada 4.7% disamping mempertingkat prestasi kepada sebanyak 10%.



Ciri keempat yang dikongsikan “Autopixelate” berasaskan Anvanced Ecryption Standard. Tidaklah diketahui bagaimanakah ia akan berfungsi, tapi objektifnya adalah untuk melindungi maklumat sensitif anda daripada keluar.

Seperti yang dijadualkan, 8 Disember jam 12:30 tengah hari adalah hari pelancaran sistem operasi Realme UI 4.0 dan berikut adalah senarai telefon yang akan terima Realme UI 4.0 berasaskan Android 13 mengikut garis masa.

Ogos  2022

  • Realme GT 2 Pro

September 2022

  • Realme GT Neo 3 and Neo 3 150W
  • Realme GT 2

Oktober 2022

  • Realme GT Neo 3T
  • Realme 9 Pro Plus 5G
  • Realme 9 Pro 5G
  • Realme 9i 5G

November 2022

  • Realme GT
  • Realme Narzo 50 Pro 5G
  • Realme Narzo 50 5G

Disember 2022

  • Realme GT Neo 2 5G
  • Realme X7 Max
  • Realme 8 5G
  • Realme Narzo 30 5G

Q1 2023 (Januari hingga Mac)

  • Realme GT Master Edition
  • Realme 9 5G Speed Edition
  • Realme 9 5G
  • Realme 9
  • Realme 9i
  • Realme 8 Pro
  • Realme 8s 5G

Q2 2023 (April hingga Jun)

  • Realme 8
  • Realme 8i
  • Realme Narzo 50

Q3 2023 (Julai hingga September)

  • Realme Narzo 50A Prime
  • Realme C35
  • Realme C31
  • Realme C30
  • Realme Narzo 50i Prime
  • Realme C33

Sumber: Madhav Sheth, GizChina

Bacaan berkaitan

Realme lancar telefon termurah mereka untuk 2022, sesuai untuk penghantar makanan

Realme 10 diumum, spesifikasi macam turun taraf daripada Realme 9

Tags: androidRealmerealme uirealme ui 4.0
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

4 ciri baharu Realme UI 4.0 dan ini senarai telefon yang bakal terimanya

4 ciri baharu Realme UI 4.0 dan ini senarai telefon yang bakal terimanya

7 December 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN