• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Lowongan kerja, petanda terbesar Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 15/12/2022
  • Komen
Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Apple di Malaysia sudah lama mendambakan pembukaan Apple Store rasmi di Malaysia. Tahun lalu, kita menerima khabar angin bahawa Apple Store Malaysia akan dibuka awal tahun ini. Tetapi ia berlalu pergi tanpa diketahui apa yang terjadi. Oktober lepas, Apple Premium Partner Store pertama tiba di Malaysia tetapi ia masih jauh dari apa yang diimpikan pengguna.

Kini, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan beberapa berita yang memberi petunjuk bahawa Apple Store pertama Malaysia akan dibuka tidak lama lagi.



Ia bermula daripada awal minggu ini apabila ada pengguna twitter berkongsikan gambar tentang papan tanda besar Apple sedang dinaikkan di Tun Razak Exchange (TRX). Papan tanda berlampu dengan logo Apple itu dikatakan adalah sebahagian daripada kerja-kerja yang dilakukan untuk Apple Store di TRX.

Tetapi satu lagi perkara yang menjadikan berita tentang Apple Store di Malaysia ini lebih dipercayai adalah lowongan kerja daripada laman web Apple sendiri. Daripada twitter Nazri Ishak, dia mendapati Apple sedang membuka 11 pekerjaan di Malaysia seperti Pengurus Kedai, Pakar Operasi, Juruteknik serta Apple Genius.



Sape nak keja Apple Store Malaysia, ni Apple dah bukak vacancy. Apple ye. Bukan Machines, Switch dan sewaktu dengannya. Boleh rujuk https://t.co/hKO6N181Hs pic.twitter.com/1ZaCxriplJ

— Nazri Ishak 🇲🇾 (@techsupremo) December 15, 2022

Jika disemak semula khabar angin tahun lepas, wakil daripada Apple Store berada di Malaysia kerana ada perbincangan dengan pengurusan TRX untuk membuka cawagannya yang pertama di TRX. Dijangkakan, ia akan terletak di The Exchange TRX, ruang beli-belah dan gaya hidup di dalam kawasan tersebut.

Kalau benar-benar Apple Store akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, ia akan menjadi Apple Store ke-6 dibuka di Asia Tenggara. Lima lagi Apple Store tersebut adalah Singapura (tiga cawangan) dan Thailand (dua cawangan).

Apple Store di Bangkok, Thailand

Apple Store sangat ditunggu-tunggu kerana ia menyediakan pengalaman pengguna yang jauh lebih baik. Antaranya penghantaran dan penggantian produk semasa jaminan lebih mudah dan pantas, khidmat nasihat dan bimbingan produk Apple, serta jualan hari pertama serentak untuk produk terbaru.

[Sumber: @techsupremo]

Bacaan Berkaitan

  • Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan
  • Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia telah dibuka, lengkap dengan petugas bertauliah
  • Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam
Tags: appleApple Store
Najib

Najib

POPULAR

Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka

Lowongan kerja, petanda terbesar Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi

15 December 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN