• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bateri boleh cabut akan diwajibkan Eropah, satu lagi tamparan hebat untuk Apple

  • OLEH Najib
  • 4:02 pm
  • 23/12/2022
  • Komen
Baca Ini Kalau Anda Tak Percaya iPhone SE (2020) adalah Jelmaan Semula iPhone 8
Share on FacebookShare on Twitter

Memudahkan sesuatu peranti untuk dibaiki pengguna atau pihak ketiga selain pengeluar, merupakan salah satu cara membantu menjaga alam sekitar. Selain kos lebih murah, ia juga memanjangkan hayat peranti sekaligus mengurangkan pembaziran sisa elektronik.

Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang baru tentang bateri, terutama di peranti pengguna. EU mahu pengeluar peranti elektronik untuk membenarkan pengguna menukar sendiri bateri dengan mudah. Samada semudah membuka penutup untuk diganti, atau penggunaan skru yang mudah dibuka.



Perkara ini tidak terhad kepada perkakas seperti telefon pintar sahaja, tetapi ia meliputi banyak perkara seperti bateri lampu, bateri kereta, bateri kenderaan ringan seperti basikal dan kenderaan elektrik.

Kenderaan ringan seperti e-skuter

Selain itu, EU juga mahu undang-undang baru diperkenal untuk mengumpul semula bateri terpakai dan mengitar semula bahan di dalamnya seperti kobalt, plumbum, litium, dan nikel dalam penghasilan bateri baru. Malah, proses mengumpul semula ini tidak boleh dikenakan caj kepada pengguna dan syarikat mesti menguruskannya.



Sasaran EU, mereka mahu mengumpulkan semula bateri sebanyak 45% pada 2023, 63% pada 2027 dan 73% pada 2030 untuk bateri peranti mudah alih. Manakala bateri kenderaan ringan disasarkan dikumpul semula sebanyak 51% pada 2028 dan 61% pada 2031.

Pengeluar juga mesti menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan bateri sekurang-kurangnya 16% kobalt, 85% plumbum, 6% litium, dan 6% nikel untuk menghasilkan bateri baru.

Bateri yang baru pula, perlu ditampal label dan kod QR yang mengandungi maklumat seperti kapasiti bateri, prestasi, ketahanan, penggunaan bahan kimia dan simbol pengumpulan berasingan.

Pengumuman terbaru EU ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat Apple. Sebelum ini, EU mengarahkan semua pengeluar untuk membekalkan port USB-C untuk semua perkakas elektronik mudah alih menjelang akhir 2024. Malah, EU cuba menguatkuasakan kebenaran memasang aplikasi pihak ketiga di luar gedung aplikasi rasmi, termasuk Apple AppStore. EU turut mahu ekosistem perkakas elektronik dibuat lebih terbuka dan adil, supaya semua orang mampu bersaing di tahap yang serupa.

Adakah kita akan melihat bateri boleh tukar sendiri kembali ke telefon pintar? Bagaimana pula dengan tablet? Satu ketika dahulu, laptop juga boleh ditukar bateri dengan mudah. Apakah anda lagi suka tukar sendiri bateri?

[Sumber: Pocketnow, EU]

Bacaan Berkaitan

  • Alasan Apple untuk tidak gunakan USB-C dibidas Kesatuan Eropah
  • Apple cuak dengan undang-undang yang bakal diluluskan Kesatuan Eropah ini
  • iPhone dengan USB-C harus hadir sebelum 24 Disember 2024 atau berdepan risiko tidak boleh dijual di Eropah
  • Apple disiasat kerana tak benarkan pihak ketiga hadir dengan pesaing kepada Apple Pay
  • iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024
Tags: applebateriEU
Najib

Najib

POPULAR

Baca Ini Kalau Anda Tak Percaya iPhone SE (2020) adalah Jelmaan Semula iPhone 8

Bateri boleh cabut akan diwajibkan Eropah, satu lagi tamparan hebat untuk Apple

23 December 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN