• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siapa sebenarnya pemilik Menara KL dan Hydroshoppe ni syarikat apa

  • OLEH Najib
  • 10:09 pm
  • 27/12/2022
  • Komen
Siapa sebenarnya pemilik Menara KL dan Hydroshoppe ni syarikat apa
Share on FacebookShare on Twitter

Kecoh baru-baru ini apabila Telekom Malaysia (TM) dikatakan dalam diam-diam telah menjual konsesi mereka menguruskan Menara Kuala Lumpur (KL) kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui. Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil telah mengeluarkan kenyataan bahawa sedang memandang perkara ini dengan serius.

Ada yang mengatakan TM telah menjual hak milik mereka terhadap menara tersebut tetapi soalan penting lain adalah, siapa sebenarnya pemilik Menara KL? Dan, siapa pula Hydroshoppe Sdn Bhd?



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), konsesi Menara KL diuruskan oleh anak syarikat penuh TM, iaitu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. Dilaporkan juga, konsesi pengurusan ini telah diberikan kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

Fahmi menjelaskan, dia telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Disember 2022. Manakala taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak TM akan diterimanya pada 3 Januari 2022. Fahmi juga difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.



Siapa sebenarnya pemilik Menara KL?

TM tidak memiliki Menara KL dan anak syarikatnya hanya menguruskan menara tersebut. Menara setinggi 420.7 meter itu yang kini adalah menara ke-7 tertinggi di dunia sebenarnya dimiliki oelh Kerajaan Malaysia.

Pada tahun 2011, TM melalui Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian konsesi selama 10 tahun untuk menguruskan, mengoperasi dan menjaga Menara KL. Manakala tanah di mana Menara KL terletak di Bukit Nanas merangkumi lima tapak tanah milik Persekutuan. Dilaporkan juga, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dianugerahkan konsesi tersebut berdasarkan rekod lampau mereka dalam menguruskan operasi menara.

Menara KL dilaporkan adalah projek penswastaan pertama kerajaan menggunakan kosenp Bina, Oeprasi dan Pindah (BOT) pada tahun 1994. Menara tersebut turut berkhidmat sebagai stesen pemancar tv RTM dan radio FM, serta perkhidmatan penjejak untuk Jabatan Marin, Meteorologi dan Kawalan Lalu Lintas. Ia juga menjadi salah satu tapak rasmi untuk melihat anak bulan di Malaysia.

Siapa pula Hydroshoppe Sdn Bhd?

Terlalu sedikit maklumat yang terdapat mengenai syarikat yang dikatakan telah mengambil alih konsesi pengurusan Menara KL. Semakan ringkas di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan, Hydroshoppe Sdn Bhd adalah syarikat dagangan umum yang ditubuhkan pada 15 Februari 2008. Syarikat ini beribupejabat di Shah Alam dengan jumlah pegangan saham sebanyak RM1,000,000.

Terdapat dua nama disenaraikan sebagai pengarah di Hydroshoppe Sdn Bhd iaitu Abdul Hamid Shaikh Bin Abdul Razak Shaikh and Nazarina Binti Mohamed Nasir, masing-masin memiliki saham sebanyak 500,000.

Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa has telah menolak sebarang kaitan dirinya tentang peralihan konsesi pengurusan Meanra KL daripada TM kepada Hydroshoppe Sdn Bhd. Annuar juga menyatakan, TM bukan bawah menteri komunikasi. Ia syarikat tersenarai awam dan tidak memerlukan kebenaran menteri untuk memindahkan sahamnya.

[Sumber: KKD]

Tags: Annuar MusaFahmi FadzilhydroshoppeMenara KLTM
Najib

Najib

POPULAR

Siapa sebenarnya pemilik Menara KL dan Hydroshoppe ni syarikat apa

Siapa sebenarnya pemilik Menara KL dan Hydroshoppe ni syarikat apa

27 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER