• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X7a miliki hayat bateri sehingga 3.5 hari dan diiktiraf DXOMARK

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 05/01/2023
  • Komen
Honor X7a miliki hayat bateri sehingga 3.5 hari dan diiktiraf DXOMARK
Share on FacebookShare on Twitter

Di pentas pelancaran Honor X9a 5G, terdapat dua lagi peranti yang turut diperkenal. Salah satu daripadanya adalah telefon pintar yang jauh lebih murah, Honor X7a. Tarikan utama telefon ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 6,000mAh dan pengecasan pantas.

Harga dan promosi

Telefon pintar Honor X7a akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 6 Januari 2023. Ia akan terdapat di Stor Honor Malaysia, Lazada, Shopee dan TikTok. Maxis juga akan turut menawarkan Honor X7a, diikuti beberapa syarikat telekomunikasi lain tidak lama lagi.



Hanya ada satu varian dijual di Malaysia dan harganya seperti berikut:

  • Honor X7a (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799

Sebagai promosi untuk pembeli terawal, hadiah percuma bernilai RM168 akan diberikan iaitu Mug Vacuum dan jaminan tahun kedua.



Spesifikasi Honor X7a

Peranti ini boleh dikelaskan sebagai telefon kelas permulaan. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G37 12nm 8-teras, bersama RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD turut diterima sehingga 1TB.

Paparan LCD seluas 6.74-inci bertakuk kecil dipasang di hadapan, dengan resolusi HD (1600×720) dan kadar penyegaran setinggi 90hz. Sedikit sebanyak, ia membantu memberi hayat bateri lebih panjang.

Terdapat empat kamera di belakang Honor X7a, dalam modul kamera yang agak pelik. Terdapat dua bulatan besar, dengan satu lensa di bulatan atas dan dua lensa di bulatan bawah. Satu lagi lensa terletak di bawah LED Flash. Spesifikasi kamera adalah seperti berikut:

  • Kamera utama 50MP F1.8
  • Kamera ultra lebar 5MP F2.2
  • Kamera Potret 2MP F2.4
  • Kamera Makro 2MP F2.4

Kamera hadapan pula menggunakan sensor 8MP F2.0, terletak di takuk kecil di dahi skrin. Telefon ini memiliki pengimbas capjari di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Kelebihan terbesar untuk Honor X7a adalah kapasiti bateri yang besar, 6,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W, menerusi sambungan berwayar USB-C. Kepala pengecas dan kabel turut diberi di dalam kotak, tidak perlu dibeli berasingan.

Menurut Honor, telefon ini boleh bertahan sehingga 3.5 hari dan ia telah menerima anugerah Label Emas daripada DXOMARK sebagai bukti kemampuannya yang sebenar. Dari laporan DXOMARK, Honor X7a mengambil masa 1 jam 10 minit untuk mengecas dari 0 ke 80%, dan 2 jam 20 minit untuk mencapai 100%.

Selain itu, Honor X7a menyokong dwi-sim 4G LTE, WiFi 803.11ac (2.4GHz & 5GHz) dan Bluetooth V5.1. Ia turut ada jek audio 3.5mm tetapi tiada NFC terbina.

Sistem operasi MagicUI 6.1 berasaskan Android 12 menjadi tunggak utama operasi Honor X7a. Terdapat tiga warna pilihan untuk Honor X7a iaitu perak, biru dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X7a.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600
Tags: honorHonor X7a
Najib

Najib

POPULAR

Honor X7a miliki hayat bateri sehingga 3.5 hari dan diiktiraf DXOMARK

Honor X7a miliki hayat bateri sehingga 3.5 hari dan diiktiraf DXOMARK

5 January 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER