• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar sebenar Galaxy S23 didedah dalam resolusi rendah

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 13/01/2023
  • Komen
Gambar sebenar Galaxy S23 didedah dalam resolusi rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi tentang majlis pelancara “Galaxy Unpacked” yang akan diadakan pada 2 Februari 2023, 2 pagi waktu Malaysia. Walaupun tidak berkongsi tentang apakah produk yang dilancarkan, petunjuk gambar yang dimuat naik menunjukkan rupa kamera belakang di telefon pintar. Malah, sudah menjadi acara tahunan Samsung untuk melancarkan siri Galaxy S terbaru mereka pada awal tahun.

Untuk tahun 2023, sudah pasti siri Galaxy S23 akan diperkenal kelak. Buat masa ini, masih belum ada gambaran rasmi dikeluarkan Samsung tetapi ia telah dibocorkan di internet. Roland Quandt, pembocor bersiri produk teknologi telah berkongsi beberapa gambar pengiklanan yang katanya adalah Samsung Galaxy S23.



Galaxy S23: This is Samsung's new flagship phone in official marketing pics (like actually from Samsung, not some very creative person on a forum and stuff, y'all know what I'm talking aboot) https://t.co/nL2STbmlX3

RTs much appreciated, kthxbye! #GalaxyS23 #SamsungUnpacked

— Roland Quandt (@rquandt) January 11, 2023

Bezanya kali ini, Roland berkongsi gambar Galaxy S23 dalam resolusi rendah. Tetapi ia menunjukkan semua perkara tentang telefon tersebut, termasuk warnanya.

Iklan Samsung untuk Galaxy S23 ini dilihat tertumpu pada tiga kamera belakangnya. Ia menggunakan rekaan seperti Galaxy S22 Ultra, iaitu tiada modul kamera terbonjol di belakang dan lensa kamera yang sedikit timbul.



Sekilas pandang, saya seperti melihat iPhone XR kerana Galaxy S23 ini tidak menggunakan bingkai rata, sebaliknya ia melengkung termasuk di empat bucu sisi. Bagi saya, ini lebih selesa dipegang di dalam tangan.

Butang kuasa dan kawalan bunyi disusun di sisi kanan sahaja. Tetapi perkara yang paling menarik bagi saya adalah skrin yang kelihatan sangat nipis bingkainya, dan sama kecil di sisi kiri, kanan, atas dan bawah. Sangat sejuk mata memandang.

Terdapat empat warna di dalam gambar Galaxy S23 ini, dinamakan sebagai Mystic Lilac, Botanic Green, Cotton Flower dan Phantom Black. Ada ura-ura mengatakan ia adalah warna yang serupa akan digunakan pada Galaxy S23 Ultra juga.

Selain gambaran ini, Rolandt tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai perkakas atau spesifikasi Galaxy S23. Tetapi cakap-cakap di alam maya mengatakan ia akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 edisi khas, dengan kelajuan melebihi biasa. Ia juga akan datang dengan skrin OLED HD Penuh 6.1-inci, sama seperti Galaxy S22.

Sebelum ini, sudah ada poster iklan Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra terbocor di internet. Galaxy Galaxy S23+ memang serupa dengan Galaxy S23 iaitu 3 kamera belakang. Manakala Galaxy S23 Ultra memiliki lima kamera di belakang serta bingkai atas dan bawah yang rata.

Adakah tepat gambaran yang dikongsi ini? Tunggu laporan kami tentang sebarang berita terbaru mengenai siri Galaxy S23.

[Sumber: Winfuture]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23
  • Samsung Galaxy S23 Ultra katanya tak banyak beza dengan Galaxy S22 Ultra
  • Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra
Tags: Galaxy S23samsungsamsung galaxy s23
Najib

Najib

POPULAR

Gambar sebenar Galaxy S23 didedah dalam resolusi rendah

Gambar sebenar Galaxy S23 didedah dalam resolusi rendah

13 January 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN