• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23

  • OLEH Najib
  • 9:10 am
  • 11/01/2023
  • Komen
Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran terulung Samsung yang dinantikan peminat setiap awal tahun, kini telah diketahui tarikhnya. Samsung pagi ini telah menghantar jemputan ke acara “Galaxy Unpacked 2023” pentas yang bakal memperkenal beberapa produk terbaharu keluaran mereka.

Tambah Samsung, ini juga akan menjadi majlis pertama mereka diadakan semula secara fizikal, selepas 3 tahun membuatnya secara maya akibat kekangan pandemik. Galaxy Unpacked 2023 akan diadakan San Francisco, Amerika Syarikat pada hari Rabu, 1 Februari 2023, pukul 10 pagi waktu tempatan. Ia bersamaan hari Khamis, 2 Februari 2023 pukul 2 pagi waktu Malaysia.



Seperti biasa, acara ini akan turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform. Peminat yang mahu menontonnya, boleh pergi ke YouTube Samsung Malaysia, laman web Samsung Malaysia dan Facebook Samsung Malaysia.

Dapatkan baucar RM200 dengan mendaftar minat

Jika anda berminat untuk memiliki produk yang bakal Samsung lancarkan nanti, anda harus mendaftar minat kerana Samsung memberikan e-baucar bernilai RM200. Caranya, pergi ke laman Pendaftaran Minat Galaxy Unpacked, dan isi butir peribadi anda.



E-baucar RM200 ini akan dihantar dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Nota kaki di bawah menjelaskan, e-baucar tersebut hanya boleh digunakan untuk membuat tempahan awal “Next Galaxy” atau produk Galaxy yang akan dilancarkan, oleh mereka yang berdaftar sahaja. Terhad satu baucar untuk seorang pengguna. Ada lagi terma dan syarat lain, tetapi tidak pula dinyatakan.

Apa yang bakal dilancar Samsung?

Perkara ini sebenarnya bukanlah satu soalan yang sukar dijawab kerana ia adalah acara tahunan Samsung. Peranti yang pasti dilancarkan di Galaxy Unpacked 2023 nanti pastinya, telefon pintar siri Galaxy S23. Dikhabarkan, ia akan mengekalkan tiga model dalam siri ini iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Produk lain yang turut sama dilancarkan masih belum diketahui. Tetapi kita mungkin dapat melihat fon putik TWS atau jam pintar baharu di majlis ini. Samsung mungkin akan berkongsi beberapa lagi maklumat mengenainya sebelum pelancaran. Nantikan laporan daripada kami dalam beberapa hari ini.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 Ultra katanya tak banyak beza dengan Galaxy S22 Ultra
  • Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra
Tags: samsungSamsung Galaxy Unpacked
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23

Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23

11 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER