• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Kemas kini One UI 5.1 Samsung semakin hampir, ini senarai antara yang terawal untuk terimanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:14 am
  • 17/01/2023
  • Komen
Kemas kini One UI 5.1 Samsung semakin hampir, ini senarai antara yang terawal untuk terimanya
Share on FacebookShare on Twitter

1 Februari 2023 nanti, Samsung menjadualkan satu acara pelancaran Unpacked. Produk yang bakal mereka lancarkan tak lain tak bukan adalah siri Galaxy S23 yang baharu. Pastinya bukan setakat perkakasan yang bakal dilancarkan, sebaliknya berkemungkinan besar, perisian juga.

Habis semua gambar siri Galaxy S23 didedah, ada empat warna yang serupa



Teori ini diperkuat dengan satu makulmat menarik yang terkandung dalam kemas kini perisian Galaxy Watch 5.

Daripada nota kemas kini yang dikongsikan, pengguna mengecam frasa yang berbunyi “flagship models released after Galaxy S20 and Galaxy Z Flip”. Sekiranya parameter itu diambil kira, bolehlah kita anggap yang model-model berikut berada di barisan hadapan dalam mendapat kemas kini One UI 5.1 yang akan datang:



  • Siri Galaxy S20
  • Siri Galaxy S21
  • Siri Galaxy S22
  • Galaxy Z Fold 2
  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Fold 4
  • Galaxy Z Flip 5G
  • Galaxy Z Flip 3
  • Galaxy Z Flip 4

Samsung umum tarikh Galaxy Unpacked, pentas pelancaran Galaxy S23

Sistem operasi One UI 5.1 dilapor masih dibangunkan berasaskan Android 13, sama seperti One UI 5.0 sedia ada yang disalurkan kepada telefon-telefon menyokongnya sepanjang tahun 2022 lalu.

Antara pembaharuan yang dibawakan versi 5 berbanding 4 adalah seperti integrasi konsep rekaan Material You yang lebih mendalam. Misalnya, UI seperti bar kawalan suara nampak lebih sejadi dan bukannya bertemakan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=nrQpvU6K4Cg&ab_channel=Samsung

Kemudian, Samsung turut membawakan kesan dan animasi yang lebih licin dan lancar beserta keupayaan menyusung widget yang lebih baik. Ciri multitasking juga ditambah baik dengan pengenalan gesture tangan baharu.

Sumber: Android Police

Tags: androidsamsungsamsung one uisamsung one ui 5samsung one ui 5.1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kemas kini One UI 5.1 Samsung semakin hampir, ini senarai antara yang terawal untuk terimanya

Kemas kini One UI 5.1 Samsung semakin hampir, ini senarai antara yang terawal untuk terimanya

17 January 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN