• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 14 akan sekat pemasangan aplikasi lama, tidak kira dalam gedung atau sideload APK

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 25/01/2023
  • Komen
Android 14 akan sekat pemasangan aplikasi lama, tidak kira dalam gedung atau sideload APK
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu sebab kemaskini perisian penting, adalah kerana keselamatan. Sudah banyak kali kita mendengar berlakunya kecurian data serta wang ringgit, akibat pemasangan aplikasi yang tidak diketahui keselamatannya. Apatah lagi jika ia adalah aplikasi lama, kerana banyak pepijat dan kerentanan boleh disalahgunakan untuk tujuan jahat.

Sistem operasi mudah alih Google yang akan datang, Android 14 dilaporkan akan mengetatkan lagi peraturan API, dengan menyekat sepenuhnya pemasangan aplikasi yang sudah terlalu lama dan tidak dikemaskini. Ia juga akan menghalang pengguna daripada memasang aplikasi luar secara ‘sideload’ APK serta dari dalam gedung aplikasi Google Playstore.



Untuk permulaan, Android 14 akan menetapkan sekatan terhadap aplikasi yang mensasarkan versi Android yang lama. Kemudian, ia akan dinaikkan sedikit demi sedikit kepada Android 6.0 Marshmallow. Bagaimanapun, sekatan versi terendah ini tertakluk kepada pengeluar sendiri, malah mereka juga boleh menetapkan untuk tidak menggunakannya.

Dengan menghalang aplikasi yang sudah lama seperti ini, Ia dapat membantu mengurangkan penyebaran perisian hasad (malware) dan yang serupa. Ini kerana ada malware mensasarkan untuk mempergunakan kelemahan versi lama Android yang telah dibaiki dalam versi lebih baharu, bagi menjalankan sebarang aktiviti tidak baik.



Tetapi masih ada cara untuk pengguna memasang aplikasi lama, kerana di Android tiada yang tidak boleh. Bagaimanapun, ia memerlukan perisian ‘command shell’ dan beberapa langkah tambahan. Cara ini tidak boleh dilakukan secara tidak sengaja, sekaligus mengelakkan pemasangan malware tanpa diketahui.

Google baru-baru ini mengemaskini panduan untuk pembangun perisian, dengan meletakkan Android 12 sebagai paras terendah bagi pemasangan aplikasi baru. Tetapi panduan ini hanya untuk perisian di Google Playstore sahaja. Pengguna masih boleh mendapatkan fail APK dan memasangnya sendiri.

Dengan cadangan baru di Android 14 nanti, sideload APK juga akan disekat. Sebenarnya perkara ini penting, kerana banyak penipuan dan scam adalah dengan memperdaya pengguna memasang APK dari luar Google Playstore.

[Sumber: 9to5google, Android]

Tags: androidandroid 14Google
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Android 14 akan sekat pemasangan aplikasi lama, tidak kira dalam gedung atau sideload APK

Android 14 akan sekat pemasangan aplikasi lama, tidak kira dalam gedung atau sideload APK

25 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER