• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Sony Float Run, fon telinga terbaik untuk berlari santai, merentas desa atau marathon

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 26/01/2023
  • Komen
Sony Float Run, fon telinga terbaik untuk berlari santai, merentas desa atau marathon
Share on FacebookShare on Twitter

Akitiviti larian menjadi kegemaran ramai kerana ia sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan peralatan khusus. Tetapi ada yang mahu menjadikan larian mereka lebih menyeronokkan dengan pilihan pakaian atau kasut yang sesuai, serta peranti yang membantu larian seperti telefon pintar, jam pintar dan fon telinga.

Sony kini mengumumkan ketibaan fon telinga yang direka khas untuk pelari iaitu Sony Float Run. Ia adalah fon telinga yang tidak menutup telinga, sekaligus mengurangkan rasa tertekan di dalam kepala akibat lubang telinga yang tertutup.



Sony Float Run direka seperti cekak leher dan pembesar suaranya digantung di atas telinga. Ia juga sangat ringan, hanya 33 gram dan tidak mudah melungsur keluar ketika dipakai, sesuai untuk kegunaan pelari yang laju mahupun santai.

Walaupun kelihatan seperti sangat besar jika dibandingkan dengan fon putik, Sony Float Run masih selesa digunakan dalam pelbagai keadaan. Ia termasuk ketika pengguna memakai cermin mata, topi, rambut panjang dan sebagainya.



Kualiti bunyi produk audio Sony pastinya tidak mengecewakan. Ia menggunakan pemacu audio 16mm dan ditala khas untuk kegunaan di luar telinga. Antara kelebihan rekaan terbuka seperti ini ialah tidak kedengaran bungi gema pergerakan badan seperti langkah kaki, hayunan tangan, mengunyah makan, minum air serta pernafasan. Paling penting, bunyi persekitaran jelas kedengaran untuk membantu pengguna berlari dengan lebih yakin.

Sebagai produk khas larian, Sony Float Run diiktiraf kalis percikan air IPX4. Ia juga memiliki hayat bateri yang sangat panjang, sehingga 10 jam dengan pengecasan penuh. Lebih dari mencukupi untuk larian marathon 42km. Manakala pengecasan sebentar 10 minit, boleh memberikan penggunaan selama 1 jam.

Butang kawalan fizikal untuk kawalan pantas terdapat di Sony Float Run. Ia boleh digunakan untuk menghentikan muzik, melangkau lagu, menjawab panggilan, menurunkan tahap bunyi dan banyak lagi. Mengecas pula dibuat menerusi sambungan USB-C. Sony turut menyediakan beg simpanan khas supaya fon telinga dan kabel boleh disimpan dengan selamat.

Sony Malaysia menyatakan bahawa fon telinga Sony Float Run akan dijual di Malaysia pada bulan Mei 2023. Di laman web Sony Malaysia, ia telah memaparkan harga rasmi iaitu RM599. Warna pula hanya ada satu iaitu gandingan putih dan hitam.

Anda boleh menyemak laman produk Sony Float Run untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Produk yang hampir serupa dan sudah sekian lama ada di pasaran adalah keluaran Shokz (sebelum ini dikenali sebagai AfterShokz). Boleh rujuk senarai produk dan harganya di laman web Shokz Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • TIPS: Cara bersihkan fon telinga & bekas pengecasnya dengan cermat
  • Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama
  • Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?
  • 5 fon putik ANC terbaik untuk tapis bunyi bising pada harga bawah RM300
Tags: SonySony Float Run
Najib

Najib

POPULAR

Sony Float Run, fon telinga terbaik untuk berlari santai, merentas desa atau marathon

Sony Float Run, fon telinga terbaik untuk berlari santai, merentas desa atau marathon

26 January 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN