• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis nasihat jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, tapi ramai pengguna tak setuju

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:09 am
  • 30/01/2023
  • Komen
Polis nasihat jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, tapi ramai pengguna tak setuju
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kelebihan aplikasi navigasi Waze ialah, pengguna boleh kongsi dan tahu jika ada sekatan jalan raya pada jalan tertentu yang bakal dilalui. Antara kebaikan ciri ini ialah pemandu dapat elak dari melalui jalan yang sesak dan tukar jalan lain dengan segera untuk jimatkan masa.

Baru-baru ini, polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat mengenai kehadiran polis dan sekatan jalan raya melalui aplikasi Waze. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, tindakan itu hanya akan menghalang usaha penguatkuasaan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan mereka yang lakukan kesalahan jalan raya yang lain.



Tambahnya lagi, pengguna jalan raya perlu sedar tentang bahaya yang mereka hadapi akibat kecuaian pemandu mabuk, pemandu yang langgar lampu merah, individu yang melawan arus lalu lintas dan sebagainya. Justeru, beliau berharap agar orang ramai khususnya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis dan bukannya membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya.

Rata-rata pengguna di media sosial tidak senang dengan nasihat ini, sebab usaha memaklumkan kehadiran polis di Waze dapat bantu mereka mengelak dari lalui jalan jem. Antara masalah yang sering dihadapi pemandu semasa sekatan jalan raya ialah terpaksa berhadapan dengan situasi 3 lorong jalan dikecilkan menjadi satu. Sudah tentu perkara ini membuang masa dan memenatkan pemanduan lebih-lebih lagi apabila baru balik dari pejabat.



Saya pun sokong pendapat di media sosial. Saya sendiri gunakan Waze untuk elak dari lalu sekatan jalan raya sebab tak nak berhadapan dengan jalan jem. Jika polis bimbang orang ramai maklumkan hal ini di dalam Waze, mungkin mereka boleh tukar strategi sekatan jalan raya, seperti kekal membuka semua lorong jalan ketika lakukan tugas.

[Sumber: The Star]

Tags: waze
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Polis nasihat jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, tapi ramai pengguna tak setuju

Polis nasihat jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, tapi ramai pengguna tak setuju

30 January 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN