• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Malaysia akan jual produk terpakai diperakui tidak lama lagi?

  • OLEH Najib
  • 5:22 pm
  • 01/02/2023
  • Komen
Apple Malaysia akan jual produk terpakai diperakui tidak lama lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara rakyat Malaysia masih menantikan pembukaan kedai rasmi Apple Store pertama di Malaysia, ada berita lain yang agak menarik telah muncul buat peminat. Kelihatan, Apple Malaysia mungkin akan menjual produk terpakai mereka dan dibaik pulih (refurbish) secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Perkara ini ditemui oleh ahli RKMD Group, Dian Bato yang melihat aplikasi Apple Store di Malaysia telah ada senarai produk Certified Refurbished (Dibaik pulih dan diperakui) di bahagian komputer Mac. Tetapi belum ada lagi produk di bawah senarai tersebut buat masa ini.



Tetapi ini sudah pasti menjadi petunjuk bahawa Apple sedang bersiap sedia untuk menawarkan produk Mac yang sah dibaiki semula di Malaysia. Ini penting kerana produk yang sah ada jaminan rasmi daripada Apple. Setakat ini, Apple menawarkan produk sah dibaiki semula di pasaran terpilih seperti Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dari laman web Apple, semua produk yang disahkan dibaiki Apple telah melalui proses yang ketat, termasuk ujian berfungsi sepenuhnya dan ia diberikan jaminan terhad Apple selama setahun. Produk yang dibaiki semula ini menggunakan perkakas gantian Apple yang asli dan telah dibersihkan seluruhnya dan diperiksa dengan teliti. Untuk peranti iOS seperti iPad dan iPhone, produk yang dibaiki semula telah diganti dengan bateri baru dan bahagian luar baru.



Dari segi pembungkusan, produk yang dibaiki semula akan dihantar kepada pembeli di dalam kotak serba baharu, bersama aksesori, kabel dan sistem operasi disertakan. Pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga 15% tetapi perlu diketahui bahawa kebanyakan produk ini tidak lagi dihentikan penghasilannya.

Untuk lebih ketenangan minda, Apple menyatakan produk yang dibaiki semula ini boleh mendapatkan jaminan tambahan menerusi pembelian AppleCare. Turut diberikan sebagai standard adalah sokongan teknikal selama 90 hari, di samping jaminan terhad setahun.

Bergantung kepada harganya, ini boleh menjadi alternatif yang lebih jimat untuk memiliki produk terpakai berprestasi tinggi, berbanding produk baru yang rendah kuasanya. Daripada membeli daripada pihak ketiga, produk terpakai yang diperakui ini datang bersama jaminan rasmi dan menerima sokongan seperti produk baru Apple.

Lebih menarik, jika ia ditawarkan di Malaysia, ini akan membuka peluang untuk menukar tebus produk lama Apple kepada produk baru di saluran rasmi jualan Apple Malaysia. Adakah anda akan berminat untuk mendapatkan komputer Mac yang dibaiki semula secarai rasmi oleh Apple? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya
  • Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini
  • Lowongan kerja, petanda terbesar Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi
Tags: appleApple Refurbished
Najib

Najib

POPULAR

Apple Malaysia akan jual produk terpakai diperakui tidak lama lagi?

Apple Malaysia akan jual produk terpakai diperakui tidak lama lagi?

1 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER