• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N2 Flip tiba di UK, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:06 am
  • 16/02/2023
  • Komen
Oppo Find N2 Flip tiba di UK, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip4
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan Oppo Find N2 Flip kini secara rasminya dijual di luar pasaran China. Dalam majlis pelancaran yang mengambil tempat di London, Oppo Find N2 Flip dimulakan tempahannya pada hari ini untuk pasaran UK pada harga GBP849 (~RM4505). Buat penempah awal, mereka turut akan menerima seunit Oppo Enco X2 secara percuma.

Pihak mereka hanya mengumumkan harga rasmi untuk pasaran UK sahaja buat masa ini. Untuk perbandingan, Samsung Galaxy Z Flip4 yang sudahpun dilancarkan terlebih dahulu, ia miliki tanda harga bermula GBP959 (~RM5,087) untuk kombinasi RAM dan storan yang sama malahan varian termurah (RAM 8GB + storan 128GB) Samsung tetap lebih mahal daripada Opp Find N2 Flip iaitu GBP899 (RM4,769).



Anda boleh tonton livestream pelancaran produk tersebut di bawah.

Spesifikasi Oppo Find N2 Flip

Oppo Find N2 Flip adalah pesaing rapat kepada Samsung Galaxy Z Flip4. Mereka adalah telefon dalam kategori lipatan kerang. Apabila dalam keadaan terbuka, telefon ini ada panel paparan sebesar 6.8” beresolusi 2520 x 1080 daripada jenis panel AMOLED LTPO2 yang menyokong kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz. Dalam keadaan tertutup, pengguna boleh pula memanfaatkan skrin sekundar 3.2” yang padanya ada resolusi 720 x 382.



Boleh didapati dalam pasaran China buat masa ini, Oppo Find N2 Flip diperkasa SoC Mediatek Dimensity 9000+ dengan kapasiti RAM LPDDR5 sehingga 16GB beserta storan 512GB UFS3.1.

Di jabatan pengimejan, sentuhan Hasselblad masih kelihatan pada sistem kamera Oppo Find N2 Flip. Sistem dwikamera belakang digunakan sebagai kamera utama dengan kamera pertama dibekalkan sensor 50MP F1.8 dengan kamera kedua sebagai penembak ultralebar dengan sensor 8MP F2.2.

Hanya satu kamera selfie disediakan pada telefon ini iaitu yang berada di sebelah dalam dengan sensor 32MP. Tak perlu risau ketiadaan kamera selfie luar kerana kamera utamanya terletak di sisi skrin sekundernya.

Memenuhi segala keperluan tenaga telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W. Seperti saudara lebih besarnya, telefon ini menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13 apabila keluar kotak.

Tags: oppooppo findoppo find n2oppo find n2 flip
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find N2 Flip tiba di UK, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip4

Oppo Find N2 Flip tiba di UK, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip4

16 February 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN