• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej Perpaduan Mudah Alih: 30GB data sah 6 bulan berharga RM30 sedia dilanggan mulai 28 Februari

  • OLEH Najib
  • 7:07 pm
  • 17/02/2023
  • Komen
Pakej Perpaduan Mudah Alih: 30GB data sah 6 bulan berharga RM30 sedia dilanggan mulai 28 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih yang diumumkan kerajaan bulan lepas, akan mula ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi (telco) mulai akhir bulan ini. Pakej ini mensasarkan pengguna dari keluarga B40, belia di bawah 30 tahun, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Telco utama di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications telah mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka akan memperkenal pakej prabayar mudah alih khas ini berkuatkuasa dari 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.



Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih ini akan menawarkan data sebanyak 30GB yang sah selama 6 bulan, dengan kelajuan 3Mbps pada harga RM30. Pelan ini menggantikan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang sebelum ini memberikan 20GB data berkelajuan tinggi yang sah selama 3 bulan, berharga RM30. Dengan ini, pelan ini memberikan 10GB lebih data dan tempoh sah diganda.

Orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej Peraduan ini, diminta untuk merujuk ke laman web telco masing-masing pada 28 Februari 2023 untuk maklumat lanjut.



Di samping pakej mudah alih, kerajaan juga telah mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang menawarkan harga lebih murah untuk golongan sasaran. Pakej ini menyediakan internet berkelajuan sehingga 30Mbps tanpa had kuota pada harga RM69/bulan. Penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka akan mengumumkan pelan ini mulai Mac 2023. Buat masa ini, hanya Time telah mengumunkan inisiatif mereka untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, iaitu MyKabel pelan 100Mbps berharga RM69/bulan untuk penduduk di PPR terpilih.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej Perpaduan ganti Pakej Remaja, ada lebih kuota & kelajuan untuk Belia, B40, OKU, Warga Emas & Veteran
  • Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan
  • YB Fahmi, Pakej Remaja dulu internet kelajuan pantas, kenapa Pakej Perpaduan ada sekatan 3Mbps?
  • TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja
Tags: celcomdigimaxisPakej PerpaduanUnifi mobileyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Pakej Perpaduan Mudah Alih: 30GB data sah 6 bulan berharga RM30 sedia dilanggan mulai 28 Februari

Pakej Perpaduan Mudah Alih: 30GB data sah 6 bulan berharga RM30 sedia dilanggan mulai 28 Februari

17 February 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER