• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Langganan Sooka beri lebih banyak siaran perlawanan bola sepak, berbanding siaran percuma RTM

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:59 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat bola sepak tanah air pasti menanti-nantikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada tahun ini. Oleh itu, platform penstriman Sooka menawarkan promosi terbaharunya bagi membolehkan peminat bola sepak untuk menonton secara langsung bermula 24 Februari ini.

Dengan Sooka, peminat bola sepak dapat menonton 244 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung daripada lima pertandingan iaitu Perlawanan Sumbangsih, (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup.



Sooka juga telah memperkenalkan pelan terbaru khas untuk peminat bola sepak yang dinamakan Pas Perlawanan dengan harga RM4.90 untuk setiap perlawanan, dan Pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan. Jika mahu menonton lebih banyak lagi siaran langsung, terdapat juga pelan VIP+Sports dan VIP TV yang memberikan pelbagai penstriman sukan termasuk Liga Malaysia, Liga Perdana Inggeris, BWF Badminton, Moto GP dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pelan VIP juga didatangkan dengan rancangan hiburan, tetapi sudah pasti harganya lagi mahal dengan VIP+Sports pada harga RM41.90 sebulan dan VIP TV pada harga RM62.90.



Kenapa bayar Sooka, kalau boleh tengok percuma di RTM?

Untuk makluman, RTM juga baru sahaja mengumumkan mereka akan menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2023 yang bakal berlangsung. Akan tetapi, RTM menyediakan 149 perlawanan sahaja, berbanding 244 perlawanan di Sooka. Antara perlawanan termasuk adalah Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) dengan 75 perlawanan yang boleh ditonton secara percuma di saluran TV2, Sukan RTM dan RTMKlik.

RTM bakal menyiarkan 75 perlawanan saingan Liga Malaysia 2023 secara langsung bermula 24 Februari ini di Saluran TV2, Sukan RTM, Saluran Okey dan RTMKlik.#LigaMalaysia2023 #SukanRTM#RTMKlik pic.twitter.com/KcFWJyZv7G

— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) February 15, 2023

Untuk baki perlawanan, termasuk adalah 52 perlawanan Liga Super, 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia yang boleh ditonton di saluran TV2, Okey, Sukan RTM dan RTMKlik. Tiada siaran untuk MFL Challenge Cup di RTM.

Jadi, Sooka menawarkan lebih perlawanan dengan penyiaran MFL Challenge Cup. Apa yang menarik pada Sooka juga adalah terdapat siaran Liga Perdana Inggeris untuk pelan teratasnya (VIP+Sports dan VIP TV). Jadi peminat bola sepak boleh tonton lebih banyak sukan, termasuk bukan bolasepak seperti Badminton, perlumbaan motorsikal serta kereta, tanpa had.

Sooka juga tiada kontrak jadi pengguna lebih bebas nak berhenti langgan bila-bila masa berbanding Astro.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Pantas beri data bonus 100GB yang perlu ditebus dan pas siaran langsung EPL Percuma
  • Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka
  • Sooka kini ada di TV Pintar, boleh tonton siaran langsung sukan dan hiburan
Tags: astroLiga Perdana InggerisLiga Super Malaysiasooka
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Langganan Sooka beri lebih banyak siaran perlawanan bola sepak, berbanding siaran percuma RTM

20 February 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN