• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi kulit sesumpah, Vivo V27e akan datang dengan kemasan bulu burung dan lampu cincin aura

  • OLEH Najib
  • 6:00 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Tiada lagi kulit sesumpah, Vivo V27e akan datang dengan kemasan bulu burung dan lampu cincin aura
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Ogos tahun lepas, Vivo Malaysia telah melancarkan Vivo V25 dan Vivo V25e. Ia mempamerkan keunikan badan yang boleh bertukar warna apabila terkena cahaya matahari. Kini selepas 6 bulan Vivo V25 dilancarkan, Vivo Malaysia memaklumkan mereka akan memperkenal model baru sebagai pengganti.

Di Facebook rasmi Vivo Malaysia, mereka telah memuat naik beberapa utusan tentang Vivo V27e akan tiba tidak lama lagi. Terdapat pautan ke laman web Vivo Malaysia yang bercerita serba sedikit tentang model yang bakal dilancar ini.



Pelawat pautan tersebut akan disapa dengan gambar telefon Vivo V27e berwarna ungu, dengan tema “Aura Portrait, For Picture Perfect Night“. Apabila ditatal ke bawah, pengunjung akan diperkenal pula tentang maksud Aura Portrait. Ia merujuk kepada lampu limpah di belakang, yang memiliki 3 mentol cahaya dan mengesan cahaya persekitaran supaya cahaya yang dihasilkan jelas, cerah dan terang yang tepat.

Selain itu, Vivo V27e dilengkapi kamera utama Ultra-Sensing 64MP OIS. Ia dikatakan adalah kamera pakar cahaya rendah yang mampu menangkap gambar dengan lebih cahaya, mencerahkan lagi tetapan cahaya rendah. Malah, tangkapan gambar juga lancar walaupun di waktu malam, tanpa gegaran. Pastinya disumbang oleh teknologi penstabil imej optikal (OIS).



Di bawahnya pula, Vivo menjelaskan bahawa Vivo V27e memiliki bingkai yang teguh tetapi nipis dan ringan, hanya 7.8mm tebal dan berat 186g. Digelar rekaan minimalis, ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Lavender Purple dengan kemasan ala bulu burung, dan Glory Black yang bergemerlapan seperti bintang di langit malam.

Akhir sekali, terdapat jam yang mengira undur dengan butang akan datang di bawahnya. Jam ini pasti merujuk kepada tarikh pelancaran Vivo V27e di Malaysia. Jika dikira-kira, waktu tamat kiraan undur ini adalah pada 1 Mac 2023, pukul 3 petang. Pasti kita akan tahu lebih lanjut tentang Vivo V27e pada waktu itu.

Untuk perbandingan, Vivo V25e dilancarkan berharga RM1,399. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G99 tanpa 5G, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Skrinnya jenis AMOLED HD Penuh 60Hz, berukuran 6.44-inci. Di belakang, ia ada kamera utama Ultra-Sensing 64MP OIS, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 32MP, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin. Bateri pula berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Kamera utama Vivo V25e nampaknya serupa dengan Vivo V27e. Apakah ada naik taraf di bahagian lain, selain perubahan warna? Nantikan laporan daripada kami pada 1 Mac 2023 nanti.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V25 miliki kamera swafoto 50MP dan kulit sesumpah dilancar di Malaysia
  • Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus
  • Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
Tags: vivoVivo V27e
Najib

Najib

POPULAR

Tiada lagi kulit sesumpah, Vivo V27e akan datang dengan kemasan bulu burung dan lampu cincin aura

Tiada lagi kulit sesumpah, Vivo V27e akan datang dengan kemasan bulu burung dan lampu cincin aura

20 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER