• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bekas pengerusi SKMM, Al-Ishsal dilantik sebagai penasihat Komunikasi dan Digital tanpa bayaran

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 21/02/2023
  • Komen
Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Jika hendak mendapatkan penasihat, mestilah kena cari yang pakarnya. Seperti apa yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital baru-baru ini. YB Fahmi Fadzil telah memuat naik status di media sosial menyatakan, bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al-Ishsal bin Dato Prof Ishak T Kechik telah dilantik sebagai penasihat Komunikasi dan Digital mulai 20 Februari 2023.

Malah, lantikan Al-Ishsal sebagai penasihat ini adalah pro bono, iaitu secara sukarela dan tanpa bayaran. Pendek kata, tiada gaji diberikan. Langkah ini dilihat sebagai penerusan gelombang kerja pro bono yang didahului oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lantikan penasihatnya seperti Nurul Izzah Anwar (telah meletak jawatan) dan Tan Sri Hassan Merican (Penasihat khas Menteri Kewangan).



Sumber

Al-Ishsal telah dilantik sebagai Pengerusi SKMM di antara tahun 2018 sehingga 2020, sewaktu pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Gobind Singh.

Sebelum menyertai SKMM, Al-Ishsal telah bertugas di pelbagai sektor industri antaranya CEO Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Digital McCann Ericsson Worldgroup, CEO Baraka Telecom, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Produk Malaysia Airlines Bhd, Ketua Kumpulan Pendapatan Sampingan AirAsia Group Bhd dan kemudian memegang pelbagai jawatan penting dalam Kumpulan Tune.



Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan ECO Capacity Exchange Ltd (London) Asia Tenggara, serta jurulatih dan perunding kumpulan Airbus. Al-Ishsal juga pernah berkhidmat di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan merupakan bekas anggota Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan.

Al-Ishsal memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan adalah seorang pemegang biasiswa Japan Airlines di Universiti Sophia, Tokyo.

Semasa menjadi Pengerusi SKMM, dia telah memantau perancangan pembangunan Pelan Gantian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta pelan asal pembangunan 5G pada suku ketiga 2020. Sewaktu itu, kerajaan merancang untuk membangunkan 5G menerusi gabungan konsortium swasta dengan mempergunakan aset dan infrastruktur telekomunikasi sedia ada bagi mempercepatkan pembangunan dan mengurangkan pembangunan infrastruktur yang sama.

Di dalam laporan oleh Macquarie Research, Al-Ishsal percaya pada pembangunan 5G berdasarkan permintaan kerana ia akan mengurangkan risiko pelaksanaan yang lebih rendah dan meransang pelaburan CAPEX oleh syarikat telekomunikasi. Dia mencadangkan agar neutraliti teknologi spektrum yang telah dibatalkan oleh kerajaan terdahulu dikembalikan semula. Beliau berkata kerajaan boleh meliberalisasikan 5G dengan membenarkan pengendali rangkaian mudah alih memperbaharui spektrum sedia ada mereka untuk 5G yang akan membolehkan persaingan sihat, sama seperti Jepun.

Kerajaan baru yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih mengkaji pelan pembangunan 5G yang sedang dijalankan. Menteri Fahmi Fadzil menyatakan, kajian ini akan siap dalam suku pertama tahun ini. Manakala pembangun rangkaian borong tunggal 5G Malaysia, Digital Nasional Berhad telah acap kali memberi amaran bahawa rangkaian 5G kedua akan memberi kesan besar kepada negara dan melambatkan lagi pembangunan, sekalgisu meningkatkan kos pembangunan 5G.

[Sumber: Fahmi Fadzil]

Bacaan Berkaitan

  • Fahmi jangka keputusan kajian semula 5G akan diumum suku pertama tahun ini
  • Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
  • Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang
  • Muhammad Azmi dilantik pengerusi sementara kedua SKMM dalam tempoh kurang setahun
Tags: Al-Ishsal IshakFahmi Fadzilkkd
Najib

Najib

POPULAR

Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020

Bekas pengerusi SKMM, Al-Ishsal dilantik sebagai penasihat Komunikasi dan Digital tanpa bayaran

21 February 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER