• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar terbocor Galaxy A34 dan Galaxy A54 menunjukkan satu kamera belakang hilang

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 23/02/2023
  • Komen
Gambar terbocor Galaxy A34 dan Galaxy A54 menunjukkan satu kamera belakang hilang
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti Samsung paling popular dan dibeli ramai adalah siri Galaxy A. Biasanya ia dilancarkan pada suku pertama setiap tahun tetapi masih tiada berita rasmi tentangnya tahun ini. Kini muncul berita mengenai siri Galaxy A yang akan datang, tetapi ia merupakan maklumat terbocor.

Pembocor berita popular, Roland Quandt telah berkongsi gambar yang dikatakan rasmi, mengenai dua model siri Galaxy yang akan dilancar tidak lama lagi iaitu Galaxy A34 dan Galaxy A54. Ketiadaan Galaxy A74 dalam maklumat kali ini tidak mengejutkan kerana ia dikhabarkan tidak akan dihasilkan untuk memberi laluan kepada Galaxy S23 FE, yang digembar-gemburkan akan dilancar pada pertengahan kedua 2023.



Samsung Galaxy A54 and Galaxy A34: a few more official marketing pics showing the colors, the seemingly thicker bezels (compared to A33/A53) and the newly adopted design language https://t.co/Sv8rviVrD4

RT appreciated, as always!

— Roland Quandt (@rquandt) February 22, 2023

Kedua-dua model ini menggunakan rekaan yang menyerupai siri Galaxy S23 iaitu tiada lagi modul kamera belakang timbul, sebaliknya hanya lensa kamera yang hampir rata terbonjol sedikit. Selain itu, Samsung juga membuang lensa potret, menjadikan hanya ada tiga kamera belakang.

Bagi Galaxy A54, ia mengekalkan skrin Super AMOLED 6.4-inci, HD Penuh 120Hz. Kuasa utama di dalam dinaik taraf kepada cip Exynos 1380, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Kad mikroSD disokong untuk storan tambahan.



Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32MP. Manakala di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera makro 5MP. Baterinya 5,000mAh dan ia kekal kalis air dan debu IP67.

Terdapat empat warna ditawarkan iaitu hitam, hijau, ungu dan putih.

Untuk Galaxy A34 yang lebih murah, ia memiliki skrin Super AMOLED lebih besar, berukuran 6.6-inci HD Penuh 120Hz. Cip yang digunakan berbeza iaitu Mediatek Dimensity 900, bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Slot kad MikroSD turut disediakan.

Skrin ini memiliki takuk kecil di dahi, menempatkan kamera hadapan 13MP. Kamera belakang gabungan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 5MP. Baterinya juga 5,000mAh dan ia kalis air dan debu IP67.

Warna yang disediakan untuk Galaxy A34 sedikit berbeza daripada Galaxy A54. Masih ada empat pilihan tetapi ia adalah warna hitam dan hijau, serta warna ungu dan putih dalam kemasan gradien.

Tahun lepas, Galaxy A33 dilancar pada harga RM1,499 (8+128GB) manakala Galaxy A53 berharga RM1,849 (8+256GB). Tetapi kemudian harga rasmi ini diturunkan kepada RM1,349 untuk Galaxy A33 dan RM1,699 bagi Galaxy A53.

Adakah Samsung akan mengekalkan harga yang serupa untuk Galaxy A34 dan Galaxy A54 nanti? Kita tunggu pelancarannya, dijangka sekitar bulan Mac 2023.

[Sumber: @rquandt, Winfuture]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung mahu kembalikan model flagship mampu milik ‘Fan Edition’ tahun ini
  • Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship
  • Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan
  • Galaxy A53 dan Galaxy A33 kini lebih menarik dengan harga baru yang lebih murah
  • 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
Tags: galaxy a54samsungsamsung galaxy a34samsung galaxy a54
Najib

Najib

POPULAR

Gambar terbocor Galaxy A34 dan Galaxy A54 menunjukkan satu kamera belakang hilang

Gambar terbocor Galaxy A34 dan Galaxy A54 menunjukkan satu kamera belakang hilang

23 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER