• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada ahli politik kawal kandungan TikTok? Ini jawapan TikTok Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:37 pm
  • 28/02/2023
  • Komen
Perak Sasar Pengguna TikTok Untuk Pacu Sektor Pelancongan
Share on FacebookShare on Twitter

Ruang kebebasan bersuara di media sosial bukanlah tiket untuk menyebarkan fitnah atau menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat. Sekitar Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, TikTok dikatakan menjadi sarang penyebaran video yang cuba menimbulkan kekacauan dalam negara.

Baru-baru ini, tular pula video dan kenyataan yang mengatakan bahawa paparan video rawak di TikTok, sebenarnya dikawal selia oleh sesuatu pihak yang condong kepada parti politik tertentu. Ia mengakibatkan banyak video yang dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan, tetapi dipaparkan secara meluas kepada pengguna TikTok khususnya di Malaysia.



Sehubungan itu, pihak TikTok Malaysia tampil untuk menjelaskan tuduhan berikut, Menurut Ketua Polisi Awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin, mereka menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan ada moderator TikTok yang mengawak kandungan paparan pengguna di Malaysia.

Tepat sekali, saya adalah tiktokguru pertama di Malaysia, memang ada manual push by moderator tiktok bila sampai kesesuatu tahap selepas penapisan mmgikut c.guideline.

Saya ada mengatakan temphari mcm ada sesuatu tk kena bila sesuai mnjadi fyp yg jelas2 lggr guideline.

— cikguseo (@cikguseo) February 27, 2023

TikTok sering berusaha untuk menyediakan kandungan pelbagai tetapi relevan dan menarik untuk ahli komuniti. Sehubungan itu, sebilangan kecil video akan dibawa naik kepada umum untuk memperkenal pencipta kandungan yang sedang meningkat naik di TikTok.



Bagaimanapun, TikTok tidak membenarkan sebarang pengiklanan berkaitan politik di platform mereka. Perkara ini diperkukuhkan menerusi polisi yang digubal tahun lepas berkaitan akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA). Polisi ini tidak membenarkan sebarang iklan berbayar dibuat untuk mempromosikan calon atau pihak lawan, kerajaan, pemimpin masakini, kumpulan atau parti politik, atau sebarang isu di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan.

Mengenai dakwaan bahawa bekas pekerja yang bertugas sebagai pengawal kandungan (content moderator), TikTok menjelaskan bahawa pekerja tersebut tidak mempunyai kawalan atau akses kepada sebarang peralatan untuk memperomosi kandungan. Tegas TikTok, mereka mempunyai sistem kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan tiada pandangan peribadi pekerja mempengaruhi kualiti dan etika kerja, termasuk ketika mengawal selia kandungan. Keputusan menyelia kandungan dibuat berdasarkan Panduan Komuniti yang jelas, serta lapisan semak dan imbang, termasuk semakan fakta pihak ketiga, untuk memastikan keselamatan dan keadilan semasa kawal selia dibuat.

TikTok juga menerangkan bahawa sebarang kandungan atau kelakuan yang melanggar Panduan Komuniti mereka diambil tindakan menerusi gabungan polisi, teknologi dan kawal selia. Kerana itu, semua kandungan termasuk pandangan politik yang neutral akan diambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan, termasuk membuang atau menjadikannya tidak layak dipaparkan di ruangan “For You”.

Adakah jelas dengan penerangan TikTok ini? Memang kandungan TikTok dilihat sangat rawak dan kadang-kadang agak ekstrem, tetapi TikTok Malaysia sangat aktif mengambil tindakan, terutama sekali jika dilaporkan pengguna. Berbanding dengan Meta, iklan penipuan di Facebook masih berleluasa dan mencuri duit pengguna, walaupun terang-terang ia adalah iklan palsu. Namum sangat lambat atau tiada tindakan langsung.

Bacaan Berkaitan

  • Tular nenek mandi lumpur di Tiktok, cuba teka berapa jumlah wang dia dapat untuk sekali live?
  • Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum
  • TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei
  • Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?
  • Video tular penganut Kristian di Sabah/Sarawak bantah gabungan GPS & PN adalah PALSU
Tags: TikTok
Najib

Najib

POPULAR

Perak Sasar Pengguna TikTok Untuk Pacu Sektor Pelancongan

Ada ahli politik kawal kandungan TikTok? Ini jawapan TikTok Malaysia

28 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER