• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tular nenek mandi lumpur di Tiktok, cuba teka berapa jumlah wang dia dapat untuk sekali live?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:15 am
  • 25/01/2023
  • Komen
Tular nenek mandi lumpur di Tiktok, cuba teka berapa jumlah wang dia dapat untuk sekali live?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda selalu luangkan masa di Tiktok, pasti anda pernah nampak individu dari Indonesia mandi lumpur secara live. Kadang-kadang yang mandi lumpur itu ialah wanita muda, adakalanya wanita tua dan pernah juga saya nampak lelaki lakukannya.

Konsep live mereka ini ialah, seorang pemandi lumpur akan duduk di dalam kolam lumpur secara live. Kemudian, mereka akan simbah badan dengan secebok atau sebesen lumpur setiap kali penonton berikan gift. Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya berapa jumlah wang yang mereka raih setiap kali lakukan live itu?



Nenek dapat banyak wang mandi lumpur di Tiktok, berbanding turun ke sawah

Seorang nenek berusia 55 tahun dikenali sebagai Layar Sari atau Inak Mawar mengaku, dia kini ketagih untuk mandi lumpur secara live di TikTok selepas aktiviti itu dilakukan beberapa penduduk warga emas di Indonesia. Nenek dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat itu menjelaskan bahawa dia lebih suka live di TikTok berbanding turun ke sawah sebab memperoleh wang lebih banyak.

Menurutnya, dia boleh raih sehingga IDR1.5 juta iaitu kira-kira RM423.56 untuk sejam live. Malah, untuk sembilan kali live, dia boleh dapat sebanyak IDR9 juta iaitu kira-kira RM2,541.38. Jika turun ke sawah dari pagi hingga ke petang, dia hanya dapat IDR 35,000 iaitu dalam RM9.88 sahaja.



Nenek ini menjelaskan bahawa, dia melakukan live tersebut atas kerelaan dan dia tidak pernah sakit walaupun mandi lumpur selama beberapa jam. Difahamkan, Inak Mawar adalah salah seorang pemandi lumpur di akaun TikTok intan_komalasari92 dan bocahperik yang dikendalikan jirannya, Sultan Ahyar.

Ramai yang simpati dengan nenek mandi lumpur

Walaupun nenek Inak Mawar jelaskan dia rela bermandi lumpur, namun ramai penonton di Tiktok nyatakan rasa simpati mereka dengan aktiviti nenek itu. Anda bayangkan, ada yang duduk lama di dalam kolam lumpur sehingga menggigil kesejukan. Sudah tentu ramai yang risau jika mereka jatuh sakit.

@atorizzs #xybca #xybcafyp #pengemistiktoklite #pageforyou #mandilumpur ♬ original sound – Ufuk Timur❤🇮🇩 – ❤🇲🇨عَبْدُالْحَفِيْظ

Jika anda rasa kasihan dengan warga emas yang mandi lumpur itu, maka jangan tonton dan jangan berikan gift supaya mereka boleh hentikan aktiviti tersebut. Tapi, seperti yang dinyatakan nenek Inak Mawar, wang diperolehi di live Tiktok adalah lebih banyak berbanding turun seharian ke sawah. Oleh itu, jika anda mahu bantu mereka dapatkan wang lebih banyak dengan cara mudah, maka bolehlah bantu berikan gift.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti lain boleh diketengahkan untuk dapatkan wang. Contoh kandungan live yang saya lihat bermanfaat ialah warga emas mengaji Al-Quran dan ada juga yang melukis. Namun, semua aktiviti ini atas kehendak masing-masing dan terpulang pada pengguna untuk menyokongnya atau tidak. Namun sebaiknya, pencipta kandungan perlulah datang dengan sesuatu yang boleh datangkan manfaat kepada orang ramai.

[Sumber: Sinar]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Tular nenek mandi lumpur di Tiktok, cuba teka berapa jumlah wang dia dapat untuk sekali live?

Tular nenek mandi lumpur di Tiktok, cuba teka berapa jumlah wang dia dapat untuk sekali live?

25 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER