• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia tukar logo baru, tetapi kenapa telefon baru Nokia guna logo lama?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:09 pm
  • 28/02/2023
  • Komen
Nokia tukar logo baru, tetapi kenapa telefon baru Nokia guna logo lama?
Share on FacebookShare on Twitter

Anda perasan tak, logo Nokia sudah berubah? Ia tidak lagi gunakan font lama, malah kini tulisan Nokia itu dipaparkan dengan huruf sedikit putus, bewarna putih. Kenapa perubahan ini berlaku?

Selepas Pekka Lundmark ambil alih bahagian peralatan telekomunikasi Nokia, Ketua Pegawai Eksekutif itu telah bentangkan pelan tiga fasa untuk syarikatnya iaitu set semula, pecutan dan skala. Bahagian pertama rancangan telah selesai. Kini Nokia akan tumpukan pada pecutan, sekaligus menukar logonya buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun sebagai tanda peralihan strategi.



Lundmark berkata, Nokia sekarang bukan lagi hanya sebuah syarikat telefon pintar, tetapi sebuah syarikat teknologi perniagaan yang sediakan perkhidmatan rangkaian 5G dan telekomunikasi. Nokia tidak gunakan warna biru lagi dan ia digantikan dengan apa sahaja warna yang lebih sesuai. Ini bermakna tiada skema warna khusus diberikan.

Jika anda tertanya-tanya mengapa logo Nokia di telefon masih logo lama? Hal ini kerana Nokia telefon sudah dilesenkan kepada HMD global. Logo baru ini di cipta seperti untuk memudahkan orang ramai membezakan Nokia asal yang lakukan perniagaan telekomunikasi dan rangkaian, berbanding telefon Nokia oleh HMD Global.



Logo lama Nokia

Langkah Nokia berkembang menjadi satu syarikat teknologi perniagaan sudah tentu akan meletakkan mereka sebagai pesaing kepada Microsoft dan Amazon dalam bidang tersebut. Selain itu, Lundmark juga ada menyebut bahawa Nokia sedang pertimbangkan untuk membangun dan berkembang di kawasan lain.

Sebelum ini, Nokia telekomunikasi pernah dijemput menyertai tender infrastruktur 5G di Malaysia, tapi tender tersebut dimenangi oleh Ericsson. Namun, ada kemungkinan Nokia akan mengambil peluang semula, berikutan DNB sedang cari penyedia perkakas rangkaian kedua untuk bangunkan 5G di Malaysia.

[Sumber: GSMArena]

Tags: Nokia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nokia tukar logo baru, tetapi kenapa telefon baru Nokia guna logo lama?

Nokia tukar logo baru, tetapi kenapa telefon baru Nokia guna logo lama?

28 February 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN