Nak cari telefon mampu milik tetapi berkuasa tinggi? Dalam harga RM1,200, anda boleh dapatkan telefon dengan harga dan prestasi yang berbaloi. Sebab tu telefon dalam harga ni paling banyak dicari pengguna di Malaysia. Anda boleh dapatkan telefon dengan ciri-ciri dan prestasi menghampiri peranti premium, dan jauh lebih baik daripada telefon kelas permulaan.
Setiap telefon ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Anda sebagai bakal pemilik, perlu menetapkan apakah perkara paling penting diperlukan, baru senang nak pilih yang mana satu terbaik untuk anda.
Semak juga senarai telefon terbaik bawah RM2,000 di sini dan bawah RM600 di sini.
1. Samsung Galaxy A33 5G (8GB+128GB)
Galaxy A33 5G ni dilancar hampir setahun yang lepas, dengan ciri flagship seperti kalis air dan debu IP67, speaker stereo Dolby Atmos dan skrin Super AMOLED. Ia menggunakan cip Exynos 1280 dan ada paparan 6.4-inci HD penuh.
Selain itu, Samsung juga janjikan kemaskini sistem operasi 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun. Ia datang dengan OneUI 4.1 Android 12, jadi boleh dapat sampai Android 16 tau. Harga rasminya RM1,349 tapi ada kedai yang jual RM1,199 sahaja.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Redmi Note 11 Pro 5G (6GB+128GB)
Redmi Note 11 Pro 5G pun ada banyak kelebihan tersendiri. Ia guna cip Snapdragon 695 6nm, lengkap dengan skrin AMOLED 120Hz, speaker stereo, kamera utama 108MP dan pengecasan pantas 67W. Pengecas ada dalam kotak, tak macam Samsung.
Kalau bajet rendah, Redmi Note 11 ni ada banyak model lain. Paling murah Redmi Note 11 bukan pro dan bukan 5G, berharga RM749. Masih agak baik sebab ada skrin AMOLED 90Hz, speaker stereo dan pengecas 33W.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Realme 10 Pro 5G (8GB+256GB)
Telefon Realme 10 Pro pun guna cip Snapdragon 695, tapi skrinnya jenis LCD 120Hz dan saiz agak besar 6.72-inci. Kalau tak kisah skrin LCD, baik ambil Realme ni sebab storannya besar 256GB. Kamera pun 108MP dan ada speaker stereo. Siap dengan sistem operasi terbaru Realme UI 4.0 berasaskan Android 13, tapi Realme tak janji berapa banyak kemaskini akan diberi.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Poco X5 5G (8GB+256GB)
Poco X5 5G ni telefon paling baru sebab dilancarkan awal bulan Februari ni. Ia pun ada storan besar 256GB, malah skrin jenis AMOLED 6.67-inci 120Hz. Boleh kata pilihan skrin dan storan terbaik. Cuma kamera utama 48MP dan kuasa mengecas 33W. Kalau tak perlu storan besar dan nak fungsi serta kamera lebih bagus, baik ambil Redmi Note 11 Pro 5G tadi.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Motorola G82 5G (6+128GB)
Motorola Moto G82 ni pun menarik. Ada kuasa Snapdragon 695, skrin AMOLED 6.6-inci 120Hz, pembesar suara stereo dan jek audio 3.5mm. Kamera utama pun bagus, 50MP OIS. Tapi storan 128GB, kalau tak cukup ada slot kad mikroSD.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.