• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChatGPT bakal buat harga kad grafik Nvidia melonjak?

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:10 pm
  • 07/03/2023
  • Komen
ChatGPT bakal buat harga kad grafik Nvidia melonjak?
Share on FacebookShare on Twitter

Nvidia mungkin akan meraih keuntungan besar disebabkan oleh kepopularan Kecerdasan Buatan (AI) pada masa kini. Dilaporkan bahawa Chatbot AI, ChatGPT akan memerlukan lebih 30,000 kad grafik Nvidia untuk memproses data latihan. Tapi, adakah akan berlaku lagi kekurangan kad grafik dalam pasaran akibat hal ini? 

Berita baiknya tidak, kerana ChatGPT akan menggunakan GPU Nvidia berasaskan Ampere Architecture seperti A100 yang dihasilkan khusus untuk pusat data, berbanding kad grafik biasa siri RTX yang digunakan oleh pengguna atau gamer. Sumber TrendForce mengatakan, ChatGPT memerlukan lebih kurang 20,000 unit A100, tetapi bilangan akan meningkat ke sekitar 30,000 unit diperlukan, selari dengan perkembangan ChatGPT.



Harga A100 tidak murah. Ia berharga antara $10,000 (~RM44.7 ribu) hingga $15,000 (~RM67.2 ribu) bergantung pada konfigurasi GPU dan varian. Jika dikira secara kasar, tidak mustahil untuk Nvidia menjana sehingga $300 juta (~RM13.4 billion) pendapatan. Akan tetapi, Nvidia mungkin akan memberi diskaun memandangkan OpenAI membeli GPU dalam jumlah yang besar, jadi jumlah harga mungkin akan lebih rendah.

Selain itu, terdapat juga Nvidia H100 (Hopper) yang memberikan prestasi sehingga sembilan kali lebih tinggi daya pemprosesan daripada segi melatih AI berbanding A100. Jadi, GPU ini juga mungkin akan jadi pilihan ChatGPT dalam mengembang dan mempercepatkan daya latihan AI. Harga untuk H100 dilaporkan pada $32,200 (~RM143.2 ribu).



Walaubagaimanapun, Nvidia bukanlah satu-satunya syarikat pengeluar GPU. Terdapat juga pesaing lain seperti Intel dan AMD. Oleh sebab itu, saya harap syarikat yang membangunkan teknologi AI seperti Google dan Amazon tidak bergantung pada GPU Nvidia semata-mata.

[Sumber: Tom’s Hardaware]

Bacaan berkaitan

Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

China sekat ChatGPT, gusar akan respons yang tak ngam dengan polisi kerajaan

Pengendali ChatGPT dituduh langgar hak cipta data untuk melatih AI

Tags: ChatgptNvidiaopenai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
ChatGPT bakal buat harga kad grafik Nvidia melonjak?

ChatGPT bakal buat harga kad grafik Nvidia melonjak?

7 March 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN