• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan beli PS5 dari TM Unifi, baik beli terus di kedai Sony

  • OLEH Najib
  • 1:04 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) ditemui menawarkan Sony Playstation 5 (PS5) Digital Edition secara ansuran bulanan RM119/bulan, tetapi dengan kontrak 24-bulan pelan Unifi. Bagaimanapun, ia ditawarkan dengan hanya satu pakej sahaja, iaitu pelan termahal gabungan Unifi 800Mbps, Unifi TV dan Unifi Mobile Postpaid 65 yang berharga RM523/bulan.

Tetapi jika dibuat kiraan, tawaran TM ini sebenarnya tidak berbaloi. Dengan bayaran RM119 selama 24 bulan, menjadikan harga PS5 itu RM2,856. Ini harga yang lebih mahal daripada harga rasmi Sony Malaysia iaitu RM2,069 sahaja. Malah pek Sony PS5 Blu Ray bersama dua alat kawalan DualSense baru berharga RM2,799, masih lebih murah daripada tawaran TM. Serta tanpa kontrak 24-bulan.



Tawaran TM ini mungkin boleh menarik perhatian peminat jika ia dibuat setahun yang lepas kerana ketika itu, bekalan Sony PS5 sangat sedikit dan sukar didapati. Tetapi keadaan sudah berubah sekarang kerana stok PS5 sudah stabil dan boleh dibeli dengan lebih mudah.

Contohnya di Shopee, Stor Rasmi Sony Centre kini memiliki stok Sony PS5 Digital bersama set kepala, berharga RM2,538 sahaja. Manakala stok lain yang terdapat di stor yang sama adalah seperti pakej PS5 bersama empat game iaitu God of War Ragnarok, Horizon Forbidden West, Ratchet and Clank Rift Apart dan Ghost of Tsushima, berharga RM3,666.



Manakala di laman web Sony Malaysia, ada stok Sony PS5 Digital (RM2,069), Sony PS5 Blu Ray (RM2,499), Sony PS5 dan game God of War (RM2,769) serta Sony PS5 bersama dua alat kawalan DualSense (RM2,799).

Selain kedai rasmi Sony, beberapa pengedar sah di Shopee Mall turut ditemui memiliki stok PS5. Antaranya di All IT, ia menyenaraikan Sony PS5 Blu Ray (RM2,499) dan Sony PS5 Digital bersama game God of War Ragnarok (RM2,769). Tetapi All IT menyatakan ia adalah tempahan yang akan dihantar mulai 22 Mac 2023.

Apa yang pasti, semuanya jauh lebih murah daripada tawaran TM. Malah ia tanpa kontrak dan anda tak perlu terpaksa melanggan pelan Unifi 800Mbps, Unifi TV dan Unifi Mobile Postpaid 65.

Jika anda benar-benar mahu mendapatkan tawaran yang berbaloi, boleh semak di Maxis. Dari serendah RM4/bulan, anda akan mendapat Sony PS5 Digital dan game God of War Ragnarok jika melanggan pelan Maxis Fibre 800Mbps serta kontrak 36-bulan. Atau langgan pelan 300Mbps dan kontrak 24-bulan, hanya bayar tambahan RM108/bulan untuk PS5 yang serupa. Komitmen bulanan yang jauh lebih rendah berbanding TM.

Mengapa bayar lebih dan terikat lebih lama? Jadilah pengguna yang bijak.

Tags: Sonysony playstation 5sony ps5TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020

Jangan beli PS5 dari TM Unifi, baik beli terus di kedai Sony

9 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER