• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Mac 2023)

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:17 pm
  • 14/03/2023
  • Komen
5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Mac 2023)
Share on FacebookShare on Twitter

[KEMASKINI 5 September 2023] Semak senarai terbaharu 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di sini.


Tengah cari tablet mampu milik? Berikut saya kongsikan 5 tablet terbaik bawah RM1000 di Malaysia untuk tahun 2023. Ia sesuai untuk anda yang sedang cari tablet bagi keperluan harian atau kegunaan anak-anak kecil dan pelajar. Anda boleh gunakannya untuk membaca, tonton video dan mesyuarat dalam talian.



Tonton video 5 tablet terbaik di Malaysia di bawah ini:

1. Honor Pad X8 LTE

Honor Pad X8 LTE berharga RM899. Ia tiba di Malaysia sekitar bulan November 2022. Tablet ini dikuasakan SoC Mediatek Helio G80 dan boleh masuk kad SIM 4G LTE. RAM 4GB + Storan 64GB. Paparannya jenis LCD, seluas 10.1” HD penuh mampu berikan gambar yang sangat cerah untuk anda. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 12, paling terkini di dalam senarai.



Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

2. Redmi Pad WIFI

Redmi Pad dijual bermula dari RM899. Ia miliki cip mediatek Helio G99, RAM bermula dari 3GB + Storan 64GB. Sambungan internet hanya Wifi, tiada 4G. Paparan pula jenis LCD 10.61”, resolusi 2K dan kadar penyegaran 90Hz. Sistem operasi yang digunakan ialah MIUI for Pad. Xiaomi menjanjikan kemaskini OS sebanyak dua kali dan kemaskini keselamatan serta MIUI selama tiga tahun untuk tablet ini.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

3. Realme Pad mini LTE/WIFI

Realme Pad mini adalah tablet yang mampu dimiliki dengan skrin 8.7-inci. Ia ada pilihan Wifi dan 4G. Harganya adalah yang paling rendah dalam senarai iaitu RM599. Ia digerakkan oleh Cip Unisoc T616 bersama RAM serendah 3GB + Storan serendah 32GB. Bateri berkapasiti 6,400mAh, boleh dicas menerusi USB-C dan menyokong kuasa pengecasan sehingga 18W.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

4. Nokia T20 LTE 

Nokia T20 LTE berharga RM999. Ia menggunakan pemproses cip Soc Unisoc T610 dan menyokong 4G. RAM 4GB + Storan 64GB. Paparannya 10.4 inch, FHD+. Bateri pula berkapasiti 8200mAH dengan pengecasan 15W. Ini adalah kapasiti paling besar di dalam senarai. Ia menggunakan Android 11 dan ada jaminan kemas kini sistem dua tahun.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

5. HUAWEI MatePad SE 10.4-inch Wifi

Harga rasmi Huawai MatePad SE 10.4” bermula dari RM899. Saya letakkannya di nombor 5 sebab ia tidak boleh menggunakan Google secara rasmi. Huawai MatePad SE digerakkan oleh Qualcomm Snapdragon 680, tiada 4G. RAM serendah 4GB + Storan bermula dari 64GB. Bateri berkapasiti 5100mAH dengan pengecasan 10W. Sistem operasi yang digunakan ialah HarmonyOS 3.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

Sumber
Tags: Honor Pad X8Huawei MatePad SENokia T20Realme Pad MiniRedmi Padtablet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Mac 2023)

5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Mac 2023)

14 March 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN