• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB wajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi FPX melebihi RM100, masih tidak sokong CIMB Octo

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:54 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
CIMB wajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi FPX melebihi RM100, masih tidak sokong CIMB Octo
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, CIMB telah mengumumkan transaksi FPX melebihi RM100 akan memerlukan kelulusan SecureTAC untuk mengesahkan transaksi. Notis penting itu dikeluarkan oleh CIMB di laman web mereka yang menyatakan ia akan efektif bermula 19 Mac 2023. Ini adalah langkah CIMB untuk mengurangkan risiko penipuan serta meningkatkan tahap keselamatan sistem perbankan mereka, selari dengan arahan Bank Negara Malaysia untuk memerangi jenayah scam.

CIMB mengingatkan pengguna bahawa SecureTAC perlu disahkan melalui aplikasi CIMB Clicks. SecureTAC masih belum disediakan di dalam aplikasi CIMB Octo. Oleh itu, pengguna CIMB Octo perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi CIMB Clicks bagi mengesahkan transaksi menerusi SecureTAC.



Walau bagaimanapun, diingatkan juga bahawa CIMB hanya membenarkan penggunaan satu peranti sahaja untuk ciri pengesahan SecureTAC, berkuatkuasa 22 Oktober 2022. Jadi, pengguna perlu peka peranti mana yang telah didaftarkan untuk penggunaan ciri SecureTAC.

Sebelum ini, CIMB telah mewajibkan SecureTAC bagi transaksi lebih RM100 melalui laman web CIMB. Tapi, CIMB juga dikatakan akan meluaskan penggunaan SecureTAC pada transaksi bawah RM100. Masih tiada kepastian bila ia akan dilaksanakan.



Jika anda rasa anda telah di scam, anda boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat aliran wang tersebut. Selain NSRC, anda juga boleh guna ciri Lock Clicks ID di aplikasi CIMB Clicks untuk sekat akses akaun jika terdapat transaksi meragukan.

[Sumber: Lowyat.net / CIMB]

Tags: cimbCIMB ClicksCIMB OCTO
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CIMB wajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi FPX melebihi RM100, masih tidak sokong CIMB Octo

CIMB wajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi FPX melebihi RM100, masih tidak sokong CIMB Octo

16 March 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN