• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel kini sokong bayar parkir di seluruh Selangor, lebih mudah bayar & kumpul mata ganjaran

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:03 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
Setel kini sokong bayar parkir di seluruh Selangor, lebih mudah bayar & kumpul mata ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Selain berfungsi sebagai aplikasi pembayaran di stesen minyak Petronas, Setel juga boleh digunakan untuk membayar parkir di tepi jalan dengan mudah. Menariknya kini, Setel luaskan lagi liputan kegunaanya di Selangor dengan menambah lokasi di Ampang Jaya. Ini sekaligus menjadikan bayaran parkir jalan Setel berfungsi untuk seluruh negeri Selangor.

Sekiranya anda kunjungi 10 lokasi berikut di Selangor, pastikan anda tidak terlepas dari membayar parkir menggunakan Setel:



  1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
  2. Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
  3. Majlis Bandaraya Subang Jaya, Selangor
  4. Majlis Perbandaran Klang, Selangor
  5. Majlis Perbandaran Kuala Langat, Selangor
  6. Majlis Perbandaran Kajang, Selangor
  7. Majlis Perbandaran Sepang, Selangor
  8. Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Selangor
  9. Majlis Perbandaran Selayang, Selangor
  10. Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor

Jika anda hairan mengapa 2 PBT iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tidak disenaraikan dalam kawasan penggunaan Setel, hal ini kerana 2 PBT tersebut tidak diwartakan sebagai zon parkir berbayar. Oleh itu, anda boleh gunakan Setel di kawasan lain selain 2 PBT ini.

Selain Selangor, Setel juga boleh digunakan di lokasi dalam Negeri lain seperti berikut:



  1. Majlis Perbandaran Teluk Intan, Perak,
  2. Majlis Daerah Machang, Kelantan
  3. Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan
  4. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu
  5. Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan (akan datang)

Antara manfaat gunakan Setel untuk bayar parkir ialah, anda tak perlu risau untuk tambah token atau kupon ketika hampir tamat waktu parkir, sebab anda akan dapat notifikasi masa nyata melalui aplikasi dan boleh panjangkan tempoh parkir di situ. Selain itu, anda juga boleh kumpul mata ganjaran Mesra walaupun hanya gunakan Setel untuk bayar parkir.

Jadi, anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store atau Google Play sekarang untuk memudahkan pembayaran.

Tags: Selangorsetel
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Setel kini sokong bayar parkir di seluruh Selangor, lebih mudah bayar & kumpul mata ganjaran

Setel kini sokong bayar parkir di seluruh Selangor, lebih mudah bayar & kumpul mata ganjaran

16 March 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN