• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology lancar DS423+, NAS 4 slot yang kompak dengan tahap keselamatan tinggi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:54 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
Synology lancar DS423+, NAS 4 slot yang kompak dengan tahap keselamatan tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Synology mengumumkan satu produk storan baharu yang ditujukan untuk pengguna yang perlukan solusi storan data yang selamat dan versatil, semua dalam satu. Synology DS423+ adalah storan terangkai (NAS) yang kompak sesuai untuk kegunaan perusahaan kecil dan sederhana.

Bermula daripada asas, DS423+ memiliki empat slot pemacu storan yang boleh menampung sehingga 72TB. Mereka menyenaraikan semua jenis pemacu storan yang padan dengan model ini dalam halaman yang mudah difahami. Slot-slot ini boleh menerima jenis storan 3.5” HDD ataupun 2.5” SSD. Untuk kemudahan, ada juga 2 slot SSD jenis M.2 NVMe yang akan mempercepat perpindahan data baca/tulis pada kadar 226/224 MB/s.



DS423+ bersambung ke rangkaian anda melalaui dua port LAN masing-masing menyokong kelajuan sehingga 1Gb yang ia menyokong fungsi link aggregation dan juga failover andaikata salah satu daripada port LAN rosak sewaktu perpindahan data sedang berjalan.

Lagi untuk memudahkan salinan data dilakukan, dua port USB 3.2 Gen 1 dibekalkan seandainya anda perlu melakukan sandaran daripada pemacu kilat masuk ke NAS ini. Atas papan utama, Synology DS423+ diperkasa Intel Celeron J4125 dengan kapasiti RAM 2GB dan boleh diperluas sehingga 6GB apabila perlu.



Seperti semua produk storan Synology, DS423+ juga diperkasa DiskStation Manager (DSM) dan versi yang paling terkini adalah DSM 7.0.1. Model ini menyokong sistem fail Btrfs yang lebih ampuh untuk elakkan data anda daripada rosak dan sekiranya diserang malware, fail yang berkenaan boleh dipulihkan semula menggunakan teknologi snapshot.

Ada macam-macam perkara boleh dilakukan melalui DSM daripada mentadbir storan anda hinggalah kepada yang lebih kompleks seperti jadikan DS423+ sebagai storan awan, menyimpan video daripada kamera keselamatan, ataupun menjadi sistem inforia kediaman.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk storan Synology, anda boleh hubungi mana-mana pengedar sah produk daripada senarai ini. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Anda miliki syarikat dan ingin data pengoperasiannya selamat? Baca apa Synology tawarkan untuk 2023

3 Synology DiskStation serendah RM569 untuk dipertimbang sebagai peti kemas data anda

NAS: Kenapa anda perlukannya dan bagaimana untuk memilihnya

Tags: dsmdsm 7.0.1nassynology
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Synology lancar DS423+, NAS 4 slot yang kompak dengan tahap keselamatan tinggi

Synology lancar DS423+, NAS 4 slot yang kompak dengan tahap keselamatan tinggi

16 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER