• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 5 Pro & Honor Magic Vs akan dilancar di Malaysia pada 6 April

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
Honor Magic 5 Pro & Honor Magic Vs akan dilancar di Malaysia pada 6 April
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sebulan dilancar di pentas MWC 2023 di Barcelona, Honor Malaysia hari ini mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs. Ia telah ditetapkan pada hari Khamis, 6 April 2023.

Honor Malaysia menyatakan, pelancaran ini akan dibuat secara atas talian, bermula pukul 2.30 petang. Jadi, peminat boleh turut sama menyaksikannya secara langsung.



Memandangkan semua spesifikasi tentang siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs telah diketahui, apa yang tinggal di majlis pelancaran ini adalah harga dan tarikh jualannya di Malaysia. Selain itu, pasti ada promosi tempahan awal untuk telefon baru ini akan turut diberitahu.

Di Eropah, harga jualan peranti baru ini adalah seperti berikut:



  • Honor Magic 5 Pro (RAM 12GB + storan 512GB) – EUR1,199 (~RM5,715)
  • Honor Magic 5 (RAM 8GB + storan 256GB) – EUR899 (~RM4,285)
  • Honor Magic Vs (RAM 12GB + storan 512GB) – EUR1,599 (~RM7,622)

Jangkakan harga jualannya yang lebih rendah di Malaysia tetapi lebih mahal daripada Honor Magic 4 Pro. Untuk perbandingan, Honor Magic 4 Pro dilancar di Malaysia tahun lepas, dengan harga RM3,999 bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Honor Magic 5 Pro adalah telefon paling berkuasa daripada Honor masakini. Ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, bersama gandingan tri-kamera 50MP di belakang yang berupaya mengezum sehingga 100x. Terdapat juga pelbagai ciri premium padanya seperti kalis air IP68, skrin AMOLED LTPO serta sokongan pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Honor Magic 5 (kiri) dan Honor Magic 5 Pro (kanan)

Honor Magic 5 juga masih telefon kelas flagship kerana menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Tetapi prestasi kameranya sedikit rendah daripada model Pro. Kuasa pengecas juga serupa, 66W tetapi tiada pengecasan wayarles. Ia juga tidak kalis air.

Manakala Honor Magic Vs, ia bukanlah telefon lipat pertama keluaran Honor tetapi adalah yang pertama dijual di Malaysia. Telefon ini memiliki cip tahun lepas, Snapdragon 8+ Gen 1, skrin OLED 7.9-inci 90Hz di dalam dan skrin OLED 6.45-inci 120Hz di luar. Honor berbangga dengan telefon ini kerana lipatannya tiada ruang kosong kelihatan. Tetapi ia tiada pengecasan wayarles dan tidak kalis air, kekurangan berbanding Galaxy Z Fold 4.

Honor juga menjamin akan memberi 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan untuk siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs. Memandangkan ia hadir bersama sistem operasi MagicOS 7.1 terbaharu berasaskan Android 13, ia akan menerima kemaskini OS sehingga Android 16.

Kenali lebih lanjut tentang telefon Honor yang bakal dilancarkan ini menerusi video kami di bawah.

[Sumber: Honor]

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik
  • Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga
  • Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68
  • Honor jamin 3 tahun Android dan 5 tahun keselamatan untuk Honor Magic Vs dan Magic 5 Pro
Tags: honorhonor magic 5honor magic 5 prohonor magic vsmobile
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Honor Magic 5 Pro & Honor Magic Vs akan dilancar di Malaysia pada 6 April

Honor Magic 5 Pro & Honor Magic Vs akan dilancar di Malaysia pada 6 April

27 March 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER