• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB Clicks laksana akses peranti tunggal, bermula April 2023

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:19 pm
  • 28/03/2023
  • Komen
CIMB Clicks laksana akses peranti tunggal, bermula April 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Demi mengukuhkan sistem keselamatan perbankan di Malaysia, CIMB tahun lepas ada mengumumkan bahawa pengguna hanya boleh mendaftarkan satu peranti untuk aplikasi dan ciri pengesahan SecureTAC di CIMB Clicks. Pelaksanaannya bermula dilakukan secara berperingkat. Tapi kini, CIMB telah mengesahkan ciri itu akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula April 2023.

Penguatkuasaan ini akan melibatkan kesemua pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. Sebelum April, pengguna yang mempunyai lebih dari satu peranti berdaftar di CIMB Clicks boleh membuang sendiri peranti bukan utama di dalam aplikasi. Selepas April, pengguna akan digesa untuk menyahaktifkan peranti bukan utama jika pengguna masih mempunyai lebih dari satu peranti berdaftar di akaun CIMB Clicks.



Oleh itu, pengguna boleh memilih peranti mana yang ingin digunakan sebagai peranti utama untuk mengakses aplikasi CIMB Clicks dan ciri pengesahan SecureTAC.

Untuk mengetahui peranti lain yang telah didaftarkan di aplikasi CIMB Clicks dan cara untuk membuangnya, anda boleh membuat dengan:



  1. Log masuk aplikasi CIMB Clicks menggunakan peranti utama anda.
  2. Pada halaman utama, tatal kiri dan pilih Settings. Kemudian lihat pada Other Registered Device, dibawahnya mempunyai senarai peranti yang telah didaftarkan.
  3. Sapu ke kiri pada nama peranti tersebut , tekan butang Delete berwarna merah dan sahkan pembuangannya.

Jika anda masih berdaftar lebih dari satu peranti selepas April, anda perlu menyahaktifkan akses peranti lain untuk meneruskan penggunaan dengan cara:

  1. Log masuk aplikasi CIMB Clicks pada peranti yang anda ingin meneruskan penggunaan aplikasi
  2. Setelah itu, anda akan diminta untuk mengikuti langkah yang dipaparkan bagi menyahaktifkan peranti lain
  3. Selepas berjaya menyahaktifkan peranti lain, anda akan terima notifikasi memberitahu peranti lain sudah dinyahaktifkan dan anda boleh terus menggunakan aplikasi pada peranti tersebut.

Bagaimana pula jika anda memuat turun semula aplikasi CIMB Clicks atau memuat turun pada peranti baru? Setelah log masuk aplikasi CIMB Clicks pada peranti baru, peranti lama yang telah didaftarkan sebelum ini dan peranti bukan utama secara automatik akan dinyahaktifkan.

Penguatkuasaan ini adalah selari dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membanteras kes penipuan atas talian yang semakin menjadi-jadi. Selain itu, CIMB ada juga memperkenalkan ciri keselamatan yang lain seperti tidak lagi menggunakan pengesahan SMS untuk transaksi lebih RM100 dan memperkenalkan ciri Lock Clicks ID untuk menyekat akses akaun.

[Sumber: CIMB]

Bacaan berkaitan

  • CIMB wajibkan kelulusan SecureTAC untuk transaksi FPX melebihi RM100, masih tidak sokong CIMB Octo
  • ‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan
  • Tiada lagi SMS, semua transaksi web CIMB RM100 ke atas wajib guna SecureTAC mulai 5 Disember
Tags: cimbCIMB Clicks
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
CIMB Clicks laksana akses peranti tunggal, bermula April 2023

CIMB Clicks laksana akses peranti tunggal, bermula April 2023

28 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER