Proton akhirnya mengumumkan kenderaan pertama mereka menggunakan enjin tenaga baru (NEV). Walaupun bukan elektrik sepenuhnya, ia digelar sebagai kenderaan elektrik hibrid ringan. Namanya pula diumumkan sebagai Proton X90.
Proton X90 adalah model ketiga SUV dalam siri-X, selepas X70 dan X50. Ia akan dipasang sepenuhnya di kilang Proton Tanjung Malim, Perak. Ini adalah SUV terbesar dihasilkan Proton, menyediakan ruang boleh guna dan tempat duduk 7 orang, tetapi juga ada tersedia dalam model 6 orang. Terdapat empat varian akan dijual kelak, dari Standard sehingga Flagship.
Proton menerangkan bahawa X90 adalah kenderaan premium dan bergaya. Siluet berotot model baharu ini menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium. Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan aura premium yang baru, mencipta penampilan yang kuat dan harmoni yang pasti akan memberi kesan yang hebat. Kisi kisi juga menakjubkan, dengan bentuk berlian yang terinspirasi dari corak songket, menunjukkan gerakan tidak terhingga, dan dengan pengamatan yang lebih dekat memperlihatkan corak berulang yang unik dalam Weave tanpa batas. DNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
Ciri keselamatan baharu
Untuk model teratas Proton X90, ia akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan baharu seperti Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang mengesan kenderaan yang mendekati semasa mundur menggunakan sensor radar belakang, Rear Collision Warning (RCW) yang memberi amaran kepada pemandu tentang kemungkinan perlanggaran dari belakang, dan Traffic Sign Information (TSI) yang mengesan dan memaparkan tanda tanda jalan raya.
Paparan pemandu dihiasi dengan kombinasi meter LCD 10-inci, menyediakan antaramuka pengguna digital yang mudah dibaca dan intuitif. Unit infotainment dalam varian flagship PROTON X90 pula menampilkan skrin seluas 12.3-inci.
Tenaga elektrik EMS 48V
Kuasa penggerak Proton X90 dibekalkan oleh Sistem Motor Listrik Sinergi (EMS) 48V, mengintegrasikan enam komponen utama, termasuk motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Konverter DCDC, Bateri Lithium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Pengereman Rekuperasi, dan Sistem Kontrol Modul Hibrid.
Gabungan Sistem EMS 48V dan enjin 1.5L TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa gabungan 190PS dan 300Nm. Sistem EMS 48V memberi kuasa tambahan 13PS dan 45Nm, tenaga yang hebat tetapi menjimatkan bagi SUV 3 baris. Hasil kuasa ini digandingkan bersama transmisi dwi-klac 7-kelajuan.
Lihat sendiri Proton X90 di enam bandar
Masih sukar untuk mmebayangkan kehebatan Proton X90? Jika anda sangat berminat, anda boleh melihat sendiri secara langsung dalam siri sesi pratinjau di enam bandar seluruh negara bermula pada 8 April 2023. Dalam sesi tersebut, pengunjung boleh melihat sendiri ciri-ciri canggih yang tersedia padanya.
Kepada yang mahu memiliki Proton X90, tempahan awal akan dibuka tidak lagi. Nantikan pengumuman daripada kami apabila sudah dimaklumkan oleh Proton kelak.