• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

  • OLEH Penaja
  • 3:24 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Telefon pintar memang canggih. Banyak kerja boleh disiapkan di telefon pintar sahaja. Tetapi ada masanya anda mahukan penggunaan tetikus dan papan kekunci fizikal untuk membuat kerja. Kerana itu, telefon Samsung Siri Galaxy A adalah pilihan terbaik kerana anda boleh menggunakan kelebihan di telefon pintar dan laptop serentak.

Contohnya, kelebihan telefon pintar adalah kameranya yang mampu merakam video dan menangkap gambar berkualiti tinggi. Tetapi anda memerlukan laptop untuk kerja-kerja menaip penerangan tentang gambar dan video yang dirakam tadi. Di telefon Samsung Siri Galaxy A, ia boleh disempurnakan dengan teknologi Link to Windows.

Hubungan akrab Samsung dan Microsoft telah melahirkan teknologi Link to Windows. Ia adalah satu ciri canggih yang membolehkan banyak perkara dibuat antara telefon pintar dan komputer Windows seperti:

  • Melihat antaramuka penuh telefon di komputer
  • Menggunakan aplikasi telefon di komputer
  • Menjawab panggilan telefon di komputer
  • Menghantar fail dengan mudah dan pantas antara telefon dan komputer
  • Salin dan tampal pelbagai perkara antara telefon dan komputer
  • dan banyak lagi

Menariknya, anda tidak akan merasa kekok menggunakan telefon Samsung Galaxy bersama komputer Windows, kerana antaramukanya adalah sama dan serupa.

Tetapi sebelum mula menggunakan ciri yang canggih ini, anda perlu menyambungkan telefon Samsung Siri Galaxy A kepada komputer Windows. Di telefon, sapu dari atas skrin ke bawah untuk mengeluarkan Quick Panel, dan pilih ikon “Link to Windows”. Kemudian tekan butang “Link your phone and PC”.

Seterusnya, anda perlu mengimbas kod QR di komputer. Jika tiada kod QR, anda boleh membuka pelayar web di komputer dan taip alamat www.aka.ms/phonelinkQRC. Jika kod QR sudah sedia di komputer, tekan butang Continue di telefon dan imbas kod QR tadi.

Selain imbas kod QR, satu lagi cara menghubungkan telefon dan komputer adalah dengan mendaftar masuk akaun Microsoft. Cara ini memerlukan kod pin 9-angka dimasukkan agar telefon dan komputer dapat berhubung.

Setelah sambungan berjaya, anda dapat melihat aplikasi ‘Your Phone‘ muncul di komputer. Dari situ, anda boleh membuat banyak perkara dengan lebih produktif menggunakan telefon Samsung Siri Galaxy A dan komputer Windows yang terhubung.

Macam mana, banyak tugasan boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat kalau guna telefon siri Galaxy A ni. Untuk maklumat lanjut tentang telefon dan cara membelinya, layari laman web Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 sekarang dan pilih satu model yang menepati citarasa anda.

Dapatkan Pengecas PD 35W Duo percuma!

Khas untuk pembaca SoyaCincau. Dapatkan pengecas PD Power Adapter Duo 35W bernilai RM99 secara percuma apabila membeli Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G di Stor Online Samsung Malaysia. Gunakan kod promosi SYGA34545G semasa checkout sebelum membuat bayaran. Tawaran ini sah sehingga 30 April 2023, sementara stok masih ada.

Tags: penajasamsung
Penaja

Penaja

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER