• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis kini menawarkan pelan 1Gbps untuk perniagaan hanya RM189/bulan

  • OLEH Najib
  • 9:11 am
  • 13/04/2023
  • Komen
Maxis kini menawarkan pelan 1Gbps untuk perniagaan hanya RM189/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis akhirnya menawarkan pelan berkelajuan 1Gbps kepada pelanggan perniagaan. Bagaimanapun, ia hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Ini adalah pelan terpantas di bawah RM200 dan ia jauh lebih murah berbanding pelan Time dan Unifi untuk pengguna di rumah.

Sebagai promosi pengenalan, pelan Maxis Business Fibre 1Gbps dengan IP dinamik ditawarkan pada harga RM189/bulan. Ia termasuk perkhidmatan internet sandaran 4G, penghala wifi 6 yang diiktiraf, dan satu talian panggilan suara. Buat masa ini, Maxis menawarkan pelan 300Mbps RM199/bulan, 500Mbps RM269/bulan dan 800Mbps RM349/bulan. Seperti biasa, semua pelan ini terikat dengan kontrak selama 24-bulan.



Jika anda perlukan IP tetap untuk sambungan ke pejabat, terdapat juga pelan 1Gbps pada harga RM189/bulan. Ia disertakan penghala WiFi 6 dan satu talian panggilan suara IP bersama telefon DECT. Ini lebih murah berbanding pelan sedia ada Maxis Fibre 30Mbps dengan IP tetap berharga RM299/bulan. Maxis juga menawarkan 5 IP tetap tambahan pada harga RM500/bulan.

Tetapi ada perkara penting anda perlu tahu. Tawaran pelan 1Gbps ini hanya terdapat di kawasan tertentu, iaitu di kawasan jalur lebar tetap Maxis sahaja. Bermakna, anda tidak boleh melanggan pelan 1Gbps di kawasan liputan TM HSBB atau rangkaian lain.



Terma dan syarat ada juga dinyatakan bahawa harga asal pelan 1Gbps Business Fibre adalah RM349/bulan, sama seperti harga pelan 800Mbps. Rebat untuk pelan ini hanya disediaka ln untuk pelanggan yang mendaftar di antara 30 Mac sehingga 30 April 2023. Disebut juga, rebat ini diberikan untuk tempoh langganan minimum.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini dan liputan kawasan Maxis Fibre, layari laman web Maxis Business Fibre.

Tags: maxisMaxis Business Fibre
Najib

Najib

POPULAR

Maxis kini menawarkan pelan 1Gbps untuk perniagaan hanya RM189/bulan

Maxis kini menawarkan pelan 1Gbps untuk perniagaan hanya RM189/bulan

13 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN