• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Instinct 2X dilancar, jam tangan dengan bateri tanpa had dan lampu suluh terbina

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:29 am
  • 14/04/2023
  • Komen
Garmin Instinct 2X dilancar, jam tangan dengan bateri tanpa had dan lampu suluh terbina
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin memeriahkan keluarga Instinct 2 dengan penyertaan terbaharu Garmin Instinct 2X. Ia menjadikan keluarga Instinct 2 ada 3 ahli semuanya iaitu Instinct 2S, Instinct 2, dan juga Instinct 2X. Anda bolehlah menganggap yang Instict 2X adalah versi yang lebih besar berbanding dua saudaranya yang terdahulu tapi ada beberapa ciri tambahan yang hanya dimiliki pada Instinct 2X iaitu lampu suluh terbina.

Dalam kedaan kecemasan, anda boleahlah gunakan lampu suluh LED yang boleh diubah kecerahannya dalam 4 tahap.



Di bahagian muka, jam tangan ini ada panel paparan monokrom jenis transflektif beresolusi 176p berukuran 1.1” ataupun 22% lebih besar berbanding Instinct 2 dan 26% lebih berat, pada 67g.

Selain daripada perbezaan dimensi dan kehadiran lampu suluh LED, lain-lain spesifikasi Garmin Instinct 2X adalah sama sahaja seperti saudaranya yang lain. Ia memiliki hayat bateri tanpa had dengan bantuan panel solar dan juga bateri. Sekiranya tiada langsung cahaya matahari diterima, baterinya boleh berkhidmat selama sehingga 40 hari tanpa masalah.



Ciri Garmin Connect IQ masih dikeklkan iaitu kebolehan jam ini dipasang pelbagai aplikasi, widget, muka jam dan pelbagai lagi tambahan. Jadi Instinct 2X boleh diubahsuai muka jam atau ditambah fungsi jika perlu, menggunakan aplikasi Connect IQ.

Garmin Instinct 2X tahan lasak. Badannya diperbuat daripada polimer yang diperteguh fiber, serta kaca yang diperkuat secara kimia. Menepati standard tentera MIL-810, ia tahan suhu ekstrim dan hentakan, serta boleh masuk ke dalam air sehingga 100 meter dalam.

Antara sensor yang boleh anda temukan pada jam tangan ini adalah seperti:

  1. Sistem penjejak multisatelit (GPS, GLONASS, GALILEO)
  2. Garmin Elevate
  3. Barometer
  4. Altimeter
  5. Kompas
  6. Giroskop
  7. Akselerometer
  8. Termometer
  9. Pulse OX

Dalam pasaran A.S, Garmin Instinct 2X dijual pada harga bermula USD449.99 (RM1,973). Versi Tactical pula dijual pada harga USD499.99 (RM2,193).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Garmin Instinct Crossover, jam pintar kecergasan dengan jarum analog tahan lasak

Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED

Tags: garminGarmin InstinctGarmin Instinct 2garmin instinct 2sgarmin instinct 2x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Garmin Instinct 2X dilancar, jam tangan dengan bateri tanpa had dan lampu suluh terbina

Garmin Instinct 2X dilancar, jam tangan dengan bateri tanpa had dan lampu suluh terbina

14 April 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN