• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft tambah iklan di menu Windows 11 pada kemas kini terbaru

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:51 pm
  • 14/04/2023
  • Komen
Microsoft tambah iklan di menu Windows 11 pada kemas kini terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan kemas kini terbaru bagi Windows 11 dengan menawarkan beberapa penambahbaikan kecil pada isu dan keserasian. Tapi, sebilangan pengguna Windows 11 sekarang akan nampak notifikasi menggalakkan mereka untuk menggunakan produk Microsoft lain apabila mengklik menu Windows.

Apabila menu Windows diklik, akan timbul cadangan meminta pengguna untuk backup fail dan apabila menekan pilihan ‘Start backup’, ia akan membuka OneDrive dan menarik pengguna untuk mendaftar perkhidmatan storan awan Microsoft. Microsoft ada berkongsikan tangkapan skrin bagaimana ia akan dipaparkan. Ia akan muncul di bahagian atas pilihan log keluar dan ubah tetapan akaun.



Menurut laman sokongan Windows 11, buat masa sekarang, notifikasi iklan ini hanya dikeluarkan kepada beberapa pengguna dan akan diluaskan lagi kepada orang ramai pada bulan akan datang. Laporan dari pengguna beta Windows Insider sebelum ini juga mengesahkan kedatangan ciri terbaru tersebut.

Berita baiknya, pengguna ada pilihan untuk mematikan ciri itu. Menurut laman blog Neowin, pengguna beta Windows boleh mematikan iklan dengan pergi ke Settings, Personalization, Start dan matikan “show account related notifications occasionally in Start”.



Sumber gambar: Neowin

Walau bagaimanapun, notifikasi iklan OneDrive ini telah dinampakkan seawal November tahun lepas oleh pengguna beta Windows Albacore menerusi satu hantaran Twitter, tapi dengan rupa iklan yang berbeza sedikit. Pada hantaran yang sama, Microsoft juga dilihat meletak iklan menggalakkan pengguna untuk mendaftar akaun Microsoft.

Do we really need to stuff OneDrive promos in the user session flyout? Anything for that sweet sweet KPI 😭 pic.twitter.com/ZsQGmkntDS

— λlbacore 🥝 (@thebookisclosed) November 6, 2022

Selain iklan di menu Windows, pengguna Windows Insider, Florian juga menjumpai iklan di dalam file explorer mempromosikan Microsoft Editor.

Sumber gambar Twitter flobo09

Walaupun kemaskini Windows 11 memberikan penambaikan pada sistem operasi tersebut, Microsoft nampaknya mengambil kesempatan dengan menggunakan sistem operasi mereka sebagai platform untuk mempromosikan produk mereka kepada pengguna.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: Microsoftwindows 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Microsoft tambah iklan di menu Windows 11 pada kemas kini terbaru

Microsoft tambah iklan di menu Windows 11 pada kemas kini terbaru

14 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN