• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia akan laksana rangkaian 5G kedua tahun depan di samping DNB?

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 17/04/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, antara perkara pertama yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menyemak semula pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Ia sepatutnya diputuskan pada suku pertama tahun ini, tetapi masih tiada khabar berita sehingga hari ini.

Kini, terdapat laporan dalaman menyatakan, Malaysia akan memperkenal rangkaian 5G ekdua mulai tahun hadapana. Perkara ini dilaporkan oleh Reuters, berdasarkan empat sumber dalaman yang mereka perolehi. Ia dimaklumkan dibuat untuk menghentikan monopoli dan mempromosi persaingan.



Perkara ini tidak mengejutkan kerana rancangan DNB untuk membangunkan rangkaian 5G secara tunggal tidak mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi di Malaysia. Ini disebabkan banyak perbincangan dan terma yang tidak jelas, serta harga yang terlalu merugikan buat penyewa perkhidmatan.

Reuters menambah, kerajaan Malaysia merancang untuk memperkenal rangkaian kedua 5G mulai Januari 2024 bagi menyaingi DNB. Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan kepada Reuters, masih belum ada keputusan muktamat dibuat.



Cadangan untuk mewujudkan rangkaian 5G kedua telah dibentangkan oleh empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile pada akhir tahun 2021. Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak pada Mac 2022 dan kerajaan menawarkan 70% pegangan DNB kepada telco. Walaupun begitu, Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan U Mobile, mengambil masa sehingga Oktober 2023 untuk bersetuju menggunakan perkhidmatan 5G oleh DNB kepada pengguna. Maxis dan U Mobile juga menolak untuk memegang saham di dalam DNB, malah Maxis sehingga hari ini masih belum menandatangani perjanjian akses 5G DNB.

Sumber Reuters menyatakan, cadangan tersebut akan dihantar kepada jemaah kabinet kerajaan Malaysia pada hari Rabu, 19 April 2023. Reuters cuba mendapatkan maklum balas telco. DNB dan CelcomDigi menolak untuk memberi sebarang komen. Manakala Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications tidak memberi sebarang respon.

DNB selama ini memperjuangkan bahawa konsep rangkaian borong tunggal (SWN) adalah pilihan terbaik kerana dapat mengurangkan kos, meningkatkan keberkesanan dan mempercepat pembangunan infrastruktur. Bagaimanapun, harga langganannya yang tinggi kepada telco ditambah kontrak perjanjian tanpa semakan semula selama 10 tahun, menyebabkan telco tidak berminat dengan tawaran DNB.

[Sumber: Reuters]

Bacaan Berkaitan

  • PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula
  • Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua
  • Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
  • Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan TM sambut baik keputusan kerajaan kekalkan rangkaian 5G tunggal di Malaysia
  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
Tags: 5g5g malaysiaDNB
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026

Malaysia akan laksana rangkaian 5G kedua tahun depan di samping DNB?

17 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER