• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel Lite dilancar, lebih ringan dan lancar untuk peranti lama dan internet perlahan

  • OLEH Najib
  • 4:03 pm
  • 18/04/2023
  • Komen
Setel Lite dilancar, lebih ringan dan lancar untuk peranti lama dan internet perlahan
Share on FacebookShare on Twitter

Setel, e-wallet yang direka khas untuk kegunaan membayar petrol dan membeli-belah di stesen Petronas, kini muncul dalam versi lebih ringkas dan ringan. Ia dipanggil sebagai Setel Lite, direka untuk lebih mesra digunakan bersama telefon Android yang lama atau rangkaian internet yang perlahan.

Saiz muat turun aplikasi Setel Lite sangat kecil, tidak sampai 10MB. Ia juga serasi dipasang ke dalam peranti yang dilengkapi sistem operasi Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas. Malah, ia juga mampu berfungsi dengan baik melalui sambungan internet yang perlahan seperti EDGE atau 2G.



Bagaimanapun, banyak fungsi terpaksa dikorbankan untuk memastikan aplikasi Setel Lite kekal ringan dan pantas. Antaranya, jenis pembayaran hanya melalui Dompet Setel tetapi dompet tersebut hanya boleh ditambah nilai melalui 2 cara sahaja iaitu perbankan atas talian, atau membeli e-baucar di stesen Petronas. Tidak boleh menggunakan kad debit atau kredit, serta e-wallet lain seperti Grabpay.

Selain itu, ia juga tiada grafik dan peta di dalamnya. Di antaramuka utama, ada dicadangkan stesen Petronas terdekat tetapi tiada peta. Selepas itu, apabila mahu membuat pembelian petrol, ia akan menyenaraikan semua nombor pam dengan butang besar supaya mudah ditekan.



Tetapi selain antaramuka yang lebih ringkas, cara menggunakan Setel Lite adalah serupa dengan aplikasi Setel biasa. Pastikan wang mencukupi di dalam Dompet Setel dan pergi ke stesen Petronas. Kemudian pilih nombor pam dan pilih jumlah liter atau RM yang mahu dibayar dan tunggu permohonan disambungkan. Selepas keluar notis ‘Isi petrol sekarang’ anda boleh mula mengangkat muncung dan mengisi petrol ke dalam kenderaan.

Selepas tamat pengisian, pulangkan muncung ke tempatnya dan resit digital akan dihasilkan di dalam aplikasi Setel Lite. Anda juga akan menerima mata ganjaran Mesra jika sudah menghubungkan kad Mesra ke dalam aplikasi Setel.

Buat masa ini, fungsi lain di dalam Setel seperti membayar tempat letak kenderaan, mengecas EV, insuran kenderaan dan banyak lagi, masih tidak terdapat di Setel Lite. ia akan diperkenal sedikit demi sedikit di masa akan datang.

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi Setel Lite, anda boleh memuat turunnya di Google Playstore. Ia akan terdapat di Huawei AppGallery tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Setel Lite.

Bacaan Berkaitan

  • Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow
  • Jual minyak masak terpakai di Setel & dapatkan kredit tambahan RM10 dalam tempoh terhad
  • Setel kini sokong bayar parkir di seluruh Selangor, lebih mudah bayar & kumpul mata ganjaran
  • Anda kini boleh dapatkan bantuan ataupun beli bateri kereta baru melalui Setel melalui ciri Auto Assistance
  • Cas kenderaan EV semudah mengisi petrol dengan Setel sekarang
Tags: setelSetel Lite
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Setel Lite dilancar, lebih ringan dan lancar untuk peranti lama dan internet perlahan

Setel Lite dilancar, lebih ringan dan lancar untuk peranti lama dan internet perlahan

18 April 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER