• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram benarkan pengguna tambah sehingga 5 pautan di profil, apa manfaatnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:57 pm
  • 19/04/2023
  • Komen
Instagram benarkan pengguna tambah sehingga 5 pautan di profil, apa manfaatnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, pengguna Instagram hanya boleh letak satu pautan sahaja di profil. Namun kini, Instagram benarkan pengguna tambah sehingga lima pautan di halaman profil masing-masing.

Anda boleh tambah pautan dengan pergi ke bahagian Edit profile pada halaman profil. Dengan perubahan yang baru dilancarkan ini, Instagram akan minta anda untuk tambah berbilang pautan di bahagian tersebut.



Jika anda letak lebih daripada satu pautan di profil, hasilnya Instagram akan potong pautan yang pertama dan akan nyatakan berapa lagi pautan yang ada. Seperti contoh di bawah, pengguna ini mempunyai 2 pautan, jadi pautan kedua tidak dipaparkan. Sebaliknya dinyatakan “1 other“. Apabila pengguna klik pada pautan pertama, mereka akan di paparkan halaman Links yang membolehkan semua pautan dilihat sekaligus.

Antara kebaikan ciri ini ialah, anda boleh kongsikan semua pautan berkaitan anda dan ia sekaligus akan memudahkan orang ramai untuk menghubungi anda. Contohnya, letak pautan WhatsApp dan pautan laman web Shopee atau Lazada jika anda berniaga.



Setakat ini, saya masih belum terima ciri ini lagi. Jika anda juga belum menerimanya, pilihan lain untuk anda kongsikan banyak pautan di Instagram adalah dengan menggunakan Linktree. Anda boleh masukkan pautan laman web dan media sosial lain sekaligus di situ.

[Sumber: Engadget]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram benarkan pengguna tambah sehingga 5 pautan di profil, apa manfaatnya?

Instagram benarkan pengguna tambah sehingga 5 pautan di profil, apa manfaatnya?

19 April 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN