• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIPS: Cara bagi Duit Raya digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:43 pm
  • 20/04/2023
  • Komen
TIPS: Cara bagi Duit Raya digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru perlu ditukar di bank.

Tapi, dengan adanya pelbagai aplikasi perbankan dan e-wallet pada masa kini, anda boleh memberi duit raya secara tanpa tunai dengan lebih mudah dan cepat. Di sini, saya akan kongsikan cara untuk memberi duit raya secara digital.



1. Melalui DuitNow – Nombor telefon

Dengan DuitNow, duit raya boleh diberi dengan hanya menggunakan nombor telefon. Ciri ini boleh didapati di aplikasi perbankan di Malaysia seperti MAE, CIMB Clicks, HLB Connect dan RHB. Namun, beberapa aplikasi perbankan ada menawarkan ciri e-Duit Raya yang membolehkan anda terus memberi duit raya menggunakan nombor telefon, pada masa yang sama mengirimkan ucapan raya kepada penerima. Untuk melakukannya, di sini saya tunjukkan cara bagaimana ia berfungsi di aplikasi MAE.

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya
  3. Kemudian tekan ‘Send via Transfer’
  4. Pilih kenalan anda
  5. Masukkan jumlah duit raya
  6. Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan
  7. Tekan ‘Send Now’

Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.



2. Melalui DuitNow – Kod QR

Selain nombor telefon, duit raya juga boleh diberi melalui kod QR DuitNow. Ciri ini boleh didapati di kebanyakan aplikasi perbankan di Malaysia. Caranya juga lebih mudah berbanding menggunakan nombor telefon, anda hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow kemudian masukkan jumlah, dan selesai. Sebagai contoh, saya tunjuk caranya di aplikasi AmOnline.

  1. Buka aplikasi AmOnline
  2. Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
  3. Pilih ‘Scan QR’
  4. Imbas kod QR
  5. Masukkan jumlah duit raya
  6. Pilih reka bentuk dan tinggalkan ucapan
  7. Kemudian tekan ‘Confirm & Pay’

Bagi mereka yang nak menerima duit raya menggunakan kod QR, anda boleh simpan gambar kod QR atau kongsi kepada pemberi melalui WhatsApp. Berikut adalah cara untuk menyimpan dan kongsikan kod QR di AmOnline.

  1. Buka aplikasi AmOnline
  2. Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
  3. Pilih ‘Show My QR’
  4. Tekan ‘Share’ di bahagian bawah
  5. Kemudian anda nampak pilihan simpan gambar atau kongsi di WhatsApp

3. Menggunakan nombor akaun bank

Kebanyakan aplikasi bank sememangnya boleh digunakan untuk membuat pemindahan duit. Oleh itu, jika penerima tidak mempunyai nombor telefon dan kod QR DuitNow, anda boleh menggunakan cara pemindahan duit untuk memberi duit raya dengan menggunakan nombor akaun bank.

4. E-Wallet

Bagi yang tidak mahu menggunakan aplikasi perbankan untuk memberi duit raya, anda juga boleh memberi duit raya melalui aplikasi e-wallet. Tapi, penerima perlu menggunakan aplikasi yang sama seperti pemberi bagi membolehkan transaksi berlaku. Menerusi e-wallet juga, duit raya boleh diberi sama ada menggunakan nombor telefon atau kod QR.

Untuk memberi duit raya menggunakan nombor telefon di Touch n Go eWallet, caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,
  3. Pilih nombor kenalan
  4. Masukkan jumlah duit raya
  5. Pilih ucapan raya
  6. Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’
Tags: Duit RayaduitnowDuitNow QReWalletHari Rayahari raya aidilfitriMAEtng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TIPS: Cara bagi Duit Raya digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet

TIPS: Cara bagi Duit Raya digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet

20 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN