• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp perkenalkan fungsi baru supaya pengguna boleh simpan Disappearing Messages selamanya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:15 pm
  • 25/04/2023
  • Komen
WhatsApp perkenalkan fungsi baru supaya pengguna boleh simpan Disappearing Messages selamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan fungsi Disappearing Messages di WhatsApp, perbualan boleh ditetapkan untuk hilang dalam tempoh 24 jam, 7 hari atau 90 hari bergantung pada waktu yang anda tetapkan. Melaluinya anda boleh pastikan mesej tidak penting terpadam sendiri, sekaligus dapat mengurangkan senarai mesej dalam WhatsApp dari semasa ke semasa.

Tapi, bagaimana jika ada pesanan penting di dalam Disappearing Messages itu? Contohnya alamat kenalan, nombor rumahnya atau maklumat janji temu. Bagi mengelakkan maklumat ini hilang, anda boleh gunakan ciri Keep in Chat yang baru diperkenalkan WhatsApp.



Untuk lakukannya, anda cuma perlu tekan perbualan yang ingin di simpan, kemudian tekan simbol bookmark di bahagian atas bersebelahan dengan simbol tong sampah. Mesej tersebut tidak akan hilang dari perbualan dan ahli lain boleh lihatnya jika ia di dalam mesej kumpulan.

Selain itu, pemilik mesej tersebut akan dimaklumkan apabila anda simpan mesej yang dihantar. Dia juga mempunyai keupayaan untuk melarang mesej tersebut disimpan, jadi mesej itu akan dipadam apabila tempohnya tiba.



Antara manfaat ciri ini ialah, pengguna boleh simpan mesej penting dalam Disappearing Messages tanpa perlu bimbang jika ianya hilang. Dibandingkan dengan ciri Star message, mesej dalam Disappearing Messages memang boleh disimpan tapi ia akan hilang apabila tiba waktu yang ditetapkan.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp perkenalkan fungsi baru supaya pengguna boleh simpan Disappearing Messages selamanya

WhatsApp perkenalkan fungsi baru supaya pengguna boleh simpan Disappearing Messages selamanya

25 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN