• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp kini boleh digunakan di 4 telefon serentak, dengan syarat telefon utama mesti aktif dalam 14 hari

  • OLEH Najib
  • 10:40 am
  • 26/04/2023
  • Komen
Whatsapp kini boleh digunakan di 4 telefon serentak, dengan syarat telefon utama mesti aktif dalam 14 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Platform permesejan paling popular di Malaysia, WhatsApp kini boleh digunakan di empat telefon pintar serentak. Ini pasti memudahkan pengguna yang memiliki lebih dari satu telefon tetapi mahu akses kepada satu akaun WhatsApp yang sama. Fungsi ini menjadi lebih penting untuk perniagaan yang memerlukan sokongan lebih dari seorang untuk menguruskan akaun Whatsapp perniagaan.

Fungsi ini sebenarnya merupakan tambahan kepada fungsi pelbagai peranti yang telah diperkenal sejak 2021. Tetapi waktu itu, ia mengehadkan kepada satu telefon pintar sahaja, bersama tiga lagi peranti lain iaitu gabungan antara pelayar web, tablet atau komputer.



Bagaimanapun, fungsi baru ini akan tersedia secara berperingkat mulai hari ini. Jika anda dapat menggunakannya, akan terdapat pilihan “link to existing account” sewaktu pemasangan Whatsapp di peranti baru. Selepas menekan pilihan tersebut, ia akan meminta anda mengimbas kod QR di peranti utama yang telah mendaftar masuk WhatsApp. Ini cara yang sama untuk daftar masuk di peranti lain “Link a Device“.

Jika anda merasa cara ini masih agak sukar, WhatsApp memaklumkan dalam kenyataan yang sama bahawa mereka akan memudahkan lagi proses daftar masuk untuk menghubungkan peranti lain. Caranya, WhatsApp akan menggunakan platform di pelayar web menghantar kod sekali guna kepada telefon yang mahu dihubungkan. Langkah yang lebih mudah ini akan tersedia tidak lama lagi.



Sehingga 4 peranti boleh disambung ke akaun WhatsApp yang sama

Dengan cara baru ini, telefon pintar utama anda tidak perlu lagi aktif atau berdekatan untuk menggunakan WhatsApp di telefon pintar lain. Semua peranti bersambung ke WhatsApp secara sendiri, tidak terikat satu sama lain.

Tetapi perlu diingat, WhatsApp akan mendaftar keluar semua peranti lain, jika peranti utama tidak aktif melebihi 14 hari. Untuk lebih keselamatan, anda juga boleh mendaftar keluar peranti lain secara manual. Sebaiknya, anda selalu semak peranti apa yang berhubung ke akaun WhatsApp anda.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan

  • WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia
  • WhatsApp mula uji penggunaan 4 peranti serentak tanpa perlu bersambung ke telefon
  • Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Whatsapp kini boleh digunakan di 4 telefon serentak, dengan syarat telefon utama mesti aktif dalam 14 hari

Whatsapp kini boleh digunakan di 4 telefon serentak, dengan syarat telefon utama mesti aktif dalam 14 hari

26 April 2023
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN