• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G percuma untuk pengguna Celcom dan Digi dilanjutkan sehingga 31 Mei

  • OLEH Najib
  • 2:16 pm
  • 27/04/2023
  • Komen
5G percuma untuk pengguna Celcom dan Digi dilanjutkan sehingga 31 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk pengguna rangkaian Celcom dan Digi. Syarikat yang telah bergabung ini mengumumkan lanjutan akses 5G percuma kepada semua pelanggannya. Pengguna pelan pascabayar dan prabayar Digi yang layak, boleh terus menikmati 5G dengan tambahan sebulan lagi.

Sebelum ini, CelcomDigi memaklumkan akses 5G percuma diberi sehingga 30 April 2023. Dengan pengumuman baru ini, pelanggan akan boleh menggunakan 5G tanpa bayaran tambahan sehingga 31 Mei 2023.



Pengguna CelcomDigi yang mahu menikmati akses 5G, perlu memenuhi 3 perkara. Pertama adalah peranti menyokong 5G. Kedua melanggan pelan serasi 5G. Ketiga berada di dalam liputan 5G yang disediakan Digital Nasional Berhad (DNB).

Bagi pengguna prabayar dan pascabayar Digi, akses 5G boleh didapati dengan melanggan 5G Booster berharga RM0 di dalam aplikasi MyDigi. Antara pelan Digi yang boleh melanggan 5G Booster adalah pelan Digi Postpaid, Digi Postpaid Familt dan Digi Prepaid NEXT.



Pengguna Celcom lebih mudah kerana tiada pembelian atau penebusan perlu dibuat. Akses 5G boleh terus dinikmati jika melanggan pelan yang diumumkan tersedia 5G, antaranya pelan MEGA Postpaid, Xpax Postpaid dan Xpax Prepaid. Bagaimanapun, kami sebelum ini ada menemui bahawa Celcom mahu mengenakan bayaran tambahan RM10 untuk akses 5G kepada pengguna prabayar. Ia masih belum dikuatkuasakan kerana akses percuma terus dilanjutkan bulan demi bulan.

Untuk maklumat lanjut mengeni tawaran 5G oleh CelconDigi, layari laman Celcom 5G untuk pelanggan Celcom dan laman Digi 5G bagi pelanggan Digi.

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi: 5G tersedia untuk pelanggan prabayar dan pascabayar, percuma hingga 30 April 2023
  • Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
  • Nak guna 5G di prabayar Celcom Xpax ada caj tambahan
  • 5G kini aktif untuk iPhone di Malaysia, termasuk Celcom dan U Mobile
  • Digi aktifkan rangkaian 5G mereka bermula 10 November kepada pelanggan 10 pelan ini
Tags: 5g5gmalaysiacelcomCelcomDigiDNB
Najib

Najib

POPULAR

5G percuma untuk pengguna Celcom dan Digi dilanjutkan sehingga 31 Mei

5G percuma untuk pengguna Celcom dan Digi dilanjutkan sehingga 31 Mei

27 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN