• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Music perkenal seksyen podcast, ia boleh didengari tanpa langganan premium

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:46 pm
  • 28/04/2023
  • Komen
YouTube Music perkenal seksyen podcast, ia boleh didengari tanpa langganan premium
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube telah mengumumkan podcast kini tersedia di dalam platform YouTube Music. Pengguna boleh mendengar podcast tanpa memerlukan langganan premium. Tapi buat masa sekarang, ia hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat (A.S) sahaja.

Bersama-sama penambahan podcast di dalam YouTube Music, pengguna diberi kelebihan untuk mengakses podcast on-demand, strim di luar talian dan memainkan podcast di latar belakang sambil menggunakan aplikasi lain.



Walau bagaimanapun, YouTube mengatakan ia akan diimplementasi secara berfasa. Jadi tidak semua pengguna akan terima ciri ini dalam masa yang sama. Untuk menggunakannya, pilihan tab podcast boleh didapati di ruang utama aplikasi YouTube Music dan pengguna boleh melihat kesemua rancangan podcast yang ditawarkan.

podcast creators🎙, welcome to @YouTubeMusic 🤩✨ podcasts uploaded to YouTube are now available for on-demand, offline & background listening on YouTube Music in the States 🇺🇸

all the info: https://t.co/2qIKHDbTzM
tips for podcast creators: https://t.co/yMW1ADyapZ pic.twitter.com/sqnGTZ52pm

— TeamYouTube (@TeamYouTube) April 27, 2023

Selain itu, penambahan podcast di YouTube Music membolehkan pengguna untuk melayan podcast sama ada dalam versi audio atau video. Kalau pengguna diluar capaian WiFi dan hanya ada sambungan data berkuota, pengguna boleh jimat data dengan memainkan versi audio. Ini adalah satu perubahan yang baik kerana sebelum ini podcast hanya boleh dimainkan dalam versi video disebabkan ianya hanya tersedia di dalam aplikasi utama YouTube sahaja.



Ciri ini boleh digunakan di YouTube Music di iOS, Android dan web. Walaupun podcast hanya tersedia untuk pengguna di A.S buat masa sekarang, YouTube mengatakan akan membawa ciri tersebut di negara lain juga pada masa hadapan.

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan

Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium

YouTube 1080p Enhanced diuji, hanya untuk pengguna Premium. Kenapa?

YouTube kini benarkan tambah audio berbilang bahasa pada video

Tags: podcastYouTube
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube Music perkenal seksyen podcast, ia boleh didengari tanpa langganan premium

YouTube Music perkenal seksyen podcast, ia boleh didengari tanpa langganan premium

28 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN