• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A98 akan masuki Malaysia, telefon siri Oppo A pertama dengan SuperVOOC 67W

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:25 pm
  • 08/05/2023
  • Komen
Oppo A98 akan masuki Malaysia, telefon siri Oppo A pertama dengan SuperVOOC 67W
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia sedang menguar-uarkan tentang satu telefon baharu yang bakal masuki pasaran Malaysia tak lama lagi iaitu Oppo A98. Ia adalah sekuel kepada Oppo A96 yang dilancarkan dalam bulan Februari 2022 tempoh hari.

Tarikh pelancaran tidak pula dikongsikan tetapi mereka kini mengadakan Peraduan A-volusi Power Oppo A98 dan pemenang boleh memenangi Oppo Watch ataupun Oppo Band. Peraduan berlangsung sehingga 26 Mei 2023 dan pemenang bakal diumum seawal 17 Mei 2023.



Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh telaah Terma & Syarat peraduan itu di sini.

Spesifikasi lengkap Oppo A98 masih belum didedahkan. Ada beberapa maklumat rasmi tentangnya dikongsikan seperti:



  • Panel paparan 120Hz
  • Kamera AI 64MP
  • Lnesa mikro 40x
  • Pengecasan pantas SuperVOOC 67W
  • Bateru 5,000mAh
  • Storan 256GB dengan RAM Expansion

Namun, jangkakan ia sekurang-kurangnya lebih baik daripada Oppo A96 yang kini sedang dijual dalam pasaran Malaysia dan berharga RM1,299 sewaktu dilancarkan.

Oppo A96 diperkasa Snapdragon 680. Cip ini boleh anda temukan pada telefon Seperti Honor X7, Realme 9i, Redmi 10C, Redmi Note 11. Hanya satu varian sahaja dijual di Malaysia untuk telefon ini iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat fungsi  RAM expansion yang boleh tambah lagi 5GB RAM maya kepada telefon ini.

Di jabatan pengimejan, ia dilengkapi dua kamera belakang dan satu kamera depan. Bahagian belakang, anda boleh gunakan kamera 50MP manakala satu lagi adalah kamera 2MP untuk bokeh sahaja. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

Bateri 5,000mAh membekalkan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik telefon ini. Ia dicas pantas menerusi blok pengecas SuperVOOC 33W yang disediakan di dalam kotak.

Antara yang menarik dengan telefon ini adalah ia hadir dengan speaker stereo, sama seperti beberapa siri Oppo A sebelum ini. Pilihan warna ada dua di Oppo A96, iaitu hitam atau merah jambu.

Tags: oppooppo a98
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo A98 akan masuki Malaysia, telefon siri Oppo A pertama dengan SuperVOOC 67W

Oppo A98 akan masuki Malaysia, telefon siri Oppo A pertama dengan SuperVOOC 67W

8 May 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN