• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Odyssey Neo G7, monitor mini-LED 43-inci pertama dijual di Malaysia dengan rebat RM900

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 10/05/2023
  • Komen
Samsung Odyssey Neo G7, monitor mini-LED 43-inci pertama dijual di Malaysia dengan rebat RM900
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini mengumumkan ketibaan monitor rata mini-LED pertama mereka, Odyssey Neo G7. Ia memberikan paparan besar dengan ketelitian lebih mendalam untuk kaki gaming, dengan kualiti paparan seakan hidup dan sebenar.

Monitor ini menyediakan banyak pilihan untuk kegunaan hiburan dan permainan video. Sebagai pengenalan, Samsung Malaysia turut menawarkan promosi yang sangat menarik untuk pembeli terawal.



Harga dan promosi pembelian awal

Dari sekarang sehingga 21 Mei 2023, pembeli monitor Samsung Odyssey Neo G7 akan menikmati diskaun sebanyak RM900 daripada harga asal.

  • Samsung Odyssey Neo G7 43″ – RM4,599 RM3,699

Ia ditawarkan di Samsung Malaysia Online Store. Pembeli di stor ini juga akan menerima mata ganjaran sebanyak 5x, selain boleh membelinya secara ansuran tanpa faedah sehingga 36-bulan.



Spesifikasi

Monitor Samsung Odyssey Neo G7 datang dalam saiz yang besar, berukuran 43-inci. Ia menampilkan resolusi 4K (3,840×2,160) dengan paparan VESA Display HDR600 dan diiktiraf HDR 10+. Nisbah paparannya 16:9 dan memiliki kecerahan setinggi 400 nits serta kadar penyegaran 144Hz.

Samsung menerapkan teknologi Quantum Matrix ke dalam monitor ini, menerusi Quantum Mini LED untuk menghasilkan paparan yang lebih tepat, lebih teliti, lebih hitam dan kaya dengan warna, walaupun dalam suasana berkabus dan gelap. Selain itu, lapisan Matte digunakan untuk mengurangkan pantulan cahaya di skrin, sekaligus mengurangkan gangguan sewaktu sesi penting pertarungan di dalam permainan video.

Terdapat pelbagai sambungan disediakan pada monitor ini, melalui wayar dan tanpa wayar. Ia dilengkapi sambungan DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, USB 3.0, Ethernet LAN, serta Bluetooth 5.2 dan WiFi 5. Bagi melengkapkan lagi pengalaman multimedia, pembesar suara 40W disertakan bersama monitor ini.

Pengguna pasti menikmati waktu permainan video yang mengasyikkan menerusi kadar penyegaran 144Hz dan masa respon 1ms pada monitor ini. Ia juga menyokong AMD FreeSync Premium Pro untuk memastikan rendah lengah dan kependaman, serta aksi yang lancar dipaparkan.

Bagi meluaskan lagi keupayaan monitor ini, Samsung menyediakan Smart Hub dan Smart Gaming Hub terbina di dalamnya. Pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan penstriman seperti Netflix dan YouTube terus dari monitor, tanpa perlu bersambung ke komputer. Malah, ia juga menyokong platform permainan seperti Xbox dan Nvidia GeForce Now, untuk menstrim permainan video. Apa yang perlu hanyalah sambungan internet yang pantas dan stabil.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Odyssey Neo G7.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz
  • Tempah monitor lengkung Samsung paling besar sekarang dan terima hadiah percuma bernilai RM4,999
  • CES 2023: Samsung perkenal 4 paparan pintar, unik dan canggih
Tags: Samsung Odyssey Neo G7
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Odyssey Neo G7, monitor mini-LED 43-inci pertama dijual di Malaysia dengan rebat RM900

Samsung Odyssey Neo G7, monitor mini-LED 43-inci pertama dijual di Malaysia dengan rebat RM900

10 May 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN