• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Ally disahkan tiba di Malaysia pada bulan Julai, dengan harga lebih murah dari jangkaan

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 19/05/2023
  • Komen
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia gaming seluruh dunia digemparkan apabila ASUS Republic of Gamers (ROG) mengutuskan video sebuah konsol misteri pada tarikh 1 April. Perkara yang pada awalnya disangka penipuan ‘April Fool’ bertukar menjadi meriah apabila Asus menyatakan, ROG Ally adalah produk sebenar dan ia telah selamat dilancarkan pada 11 Mei lepas.

Peminat di Malaysia kini boleh mula bersorak gembira apabila Asus Malaysia pula mengesahkan ketibaan ROG Ally ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Menerusi satu utusan di media sosial rasmi ROG Malaysia, ROG Ally akan datang ke Malaysia pada bulan Julai 2023.



View this post on Instagram

A post shared by Republic of Gamers Malaysia (@asusrogmalaysia)

Tarikh sebenar masih belum dinyatakan tetapi Asus menambah, harga ROG Ally dalam RM yang pernah tersebar adalah tidak tepat. Peminat pasti akan terkejut, dalam cara yang baik. Pendek kata, pastinya lebih murah.

Dalam senarai Shopee yang telah dipadamkan, ia menunjukkan harga ROG Ally di Malaysia ialah antara RM4,599 hingga RM5,599. Harga ini mungkin terlampau mahal, memandangkan harga rasmi ROG Ally di US, bermula dari USD599 (~RM2,725) dan versi lebih mahal adalah USD699 (~RM3,180). Dijangka, harga Malaysia tidak jauh berbanding harga di US. Tambah tolak sekitar RM100 ke RM200 sahaja.



Boleh dikatakan, ROG Ally akan dijual lebih murah daripada ROG Phone 7 yang baru dilancar di Malaysia. ROG Phone 7 memiliki tanda harga permulaan RM3,599. Ia adalah sebuah telefon pintar dengan kelebihan butang bahu dan prestasi tinggi. Manakala ROG Ally, adalah sebuah konsol permainan dengan butang gamepad lengkap tanpa fungsi telefon pintar.

Boleh dikatakan, ROG Ally dan ROG Phone 7 memiliki pasaran yang berbeza. Tetapi ROG Ally mungkin lebih menarik kerana pengguna tidak perlu lagi mendapatkan telefon pintar gaming. Sebaliknya hanya perlu telefon pintar biasa dengan kamera lebih baik, bersama sebuah ROG Ally.

ROG Ally menggunakan sistem operasi Windows 11, dengan skrin IPS LCD 7-inci beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia diperkasa cip khas AMD Ryzen Z1 atau Z1 Extreme, bersama GPU RDNA3. Tambah menarik apabila ROG Ally menyokong sambungan ke GPU luar ROG XG Mobile, menjadikannya sebuah komputer berkuasa tinggi untuk memainkan tajuk permainan AAA dengan lancar.

Pesaing sebenar ROG Ally adalah Steam Deck dan Nintendo Switch. Dengan kemampuan Windows 11 sebenar, ROG Ally dilihat mampu menjalankan permainan komputer dengan lebih lancar berbanding Steam Deck, malah pilihan tajuk permainan jauh lebih luas berbanding Nintendo Switch.

Adakah ROG Ally akan merevolusikan dunia permainan mudah alih? Setakat ini bahangnya masih belum kuat dirasakan. Tetapi ia mungkin berubah apabila lebih banyak stok tersedia dan mudah dibeli orang ramai.

[Sumber: ROG Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
  • Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa
  • Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck
  • ROG Phone 7 dan Phone 7 Ultimate: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: asusASUS ROGAsus ROG AllyROG Ally
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

ROG Ally disahkan tiba di Malaysia pada bulan Julai, dengan harga lebih murah dari jangkaan

19 May 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER