• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Barisan iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan paparan lebih besar daripada iPhone 14 Pro Max

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:02 pm
  • 24/05/2023
  • Komen
Barisan iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan paparan lebih besar daripada iPhone 14 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Apple nampaknya akan membuat perubahan drastik pada paparan barisan iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan tahun depan. Ia dikatakan Apple akan memuatkan paparan yang lebih besar, serta memberikan nama baru untuk model Pro Max.

Berdasarkan laporan oleh 9to5Mac, iPhone paling besar dalam siri Pro, iaitu model Pro Max akan diubah nama kepada ‘Ultra’. Bersama-sama perubahan nama, paparannya juga akan dinaik taraf kepada saiz yang lebih besar pada 6.9-inci. Menjadikan iPhone terbesar bakal 0.2-inci lebih besar berbanding terdahulu.



Pertambahan inci pada paparan sudah tentu akan mempengaruhi keseluruhan saiz badan iPhone. Walaupun diketahui paparan akan menjadi lebih besar, maklumat mengenai ketebalan iPhone ini masih kosong.

Render oleh 9to5Mac menunjukkan keseluruhan dimensi paparan itu.



Kiri iPhone 15 Pro Max, kanan iPhone 16 Pro Max atau Ultra

Dilihat paparan iPhone 16 Ultra akan lebih tinggi pada 165mm, sementara dimensi lebarnya tidak terlalu berbeza. Dengan itu, adalah menarik untuk melihat bagaimana perubahan dimensi ini akan mempengaruhi nisbah aspek paparan pada model iPhone Pro akan datang.

Berkenaan model iPhone 16 Pro, dimaklumkan paparannya juga akan mengalami perubahan. Asalnya pada 6.1-inci, ia dikatakan akan dinaik taraf pada 6.3- inci seperti yang dilaporkan oleh penganalisis Apple terkenal Ross Young.

Will actually be 6.2x" and 6.8x". Will disclose the 2nd decimals at my upcoming talk in LA in 2 weeks.

— Ross Young (@DSCCRoss) May 9, 2023

Sementara paparan siri iPhone 16 Pro dikatakan akan lebih besar, maklumat berkaitan paparan model iPhone 16 masih tandus sama ada ia akan menerima naik taraf pada saiznya seperti model Pro. Namun apa maklumat yang tidak tandus adalah model iPhone 16 dikatakan akan kekal menggunakan skrin 60Hz berbanding 120Hz.

Apa pun, jika benar apa yang dilaporkan mengenai model iPhone 16 Pro, ia akan mengubah tradisi barisan iPhone yang telah diperkenal sejak 2020 dengan siri iPhone 12 Pro mereka. Ianya masuk akal untuk Apple memperkenalkan barisan iPhone lebih besar pada tahun depan, kerana Apple dilihat melancarkan saiz paparan baru untuk iPhone setiap tiga tahun.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: appleapple iphone 16iphone 16iphone 16 ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Barisan iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan paparan lebih besar daripada iPhone 14 Pro Max

Barisan iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan paparan lebih besar daripada iPhone 14 Pro Max

24 May 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN